Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

194 Sekolah Uzur Di...

KUCHING - Kira-kira 194 sekolah yang uzur di Sarawak akan dinaik taraf dan...

Pedofilia Britain Rogol, Cabul...

RICHARD Huckle, 30, yang disifatkan sebagai penjenayah kes pedofilia paling teruk di Britain berhadapan...

Lipas ‘Jajah’ Pesawat, Penumpang...

SEBUT sahaja serangga bernama lipas sudah pasti ada yang tergeliat geli tiba-tiba. Kebiasaannya pasti...

Amboi Panjangnya Nama Kau...

JAWA TIMUR - Pemberian nama untuk bayi yang baharu lahir merupakan antara momen...

Malaysia Belasah Oman Pada Aksi Akhir Kumpulan

KUALA LUMPUR – Malaysia menamatkan aksi pusingan awal Kejohanan Hoki Piala Asia 2017 dengan membelasah Oman 7-1 pada perlawanan terakhir Kumpulan B di Dhaka, Bangladesh, hari ini.

Kejayaan itu menyaksikan anak buah Stephen Van Huizen muncul juara Kumpulan B dengan mengutip maksimum sembilan mata, selepas mencatat dua kemenangan berturut-turut menewaskan China 7-1 pada 12 Oktober, sebelum mengejutkan juara bertahan Korea Selatan 2-1, dua hari kemudian.

Pada perlawanan hari ini, Malaysia mendahului selesa 5-1 pada separuh masa pertama menerusi jaringan Faizal Saari pada minit ke-16 dan 26, Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Abd Jalil (minit ke-18 dan 23), dan Muhammad Shahril Saabah (minit ke-20) sebelum Oman mengurangkan defisit melalui Salmeen Al Nofali pada minit ke-25, demikian menurut laman Facebook Konfederasi Hoki Malaysia (KHM).

Skuad senior kebangsaan melengkapkan kemenangan bergaya itu dengan menambah dua lagi jaringan selepas permainan bersambung menerusi dua pemain muda – Muhammad Amirol Aideed Mohd Arshad dan Muhammad Najmi Farizal Jazlan, masing-masing pada minit ke-40 dan 42.

Bercakap kemudian, Van Huizen memuji dua pemain muda, Marhan Nabil Asri Joel dan Muhammad Aideed yang beraksi dengan baik hari ini, walaupun tanpa khidmat pemain tengah berpengalaman, Mohd Fitri Saari yang terpaksa pulang ke tanah air, semalam, selepas anaknya dilaporkan berada dalam keadaan kritikal.

“Faizal telah melaksanakan tugasnya begitu baik dengan menjaringkan gol pada setiap perlawanan dan beberapa lagi pemain juga berusaha keras untuk memantapkan pasukan setakat ini.


“Kita memulakan aksi agak santai pada perlawanan hari ini, kerana tahu kita sudah pun layak ke separuh akhir, namun selepas kita mendapatkan rentak, kita terus mencipta banyak peluang untuk mencatat kemenangan selesa,” kata Van Huizen kepada Bernama melalui aplikasi WhatsApp.

Malaysia akan berdepan naib juara Kumpulan A, Pakistan manakala juara Kumpulan A, India akan menentang naib juara Kumpulan B, Korea Selatan pada aksi separuh akhir. Kedua-dua perlawanan berkenaan akan berlangsung Rabu ini. – BERNAMA

Kategori