Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

BN JB Lapor Polis...

JOHOR BAHRU – Barisan Nasional (BN) Johor Bahru hari ini membuat laporan polis...

Pasangan Direman 7 Hari...

PORT DICKSON - Mahkamah Majistret di sini menetapkan reman tujuh hari sehingga Khamis...

Transaksi RFID Di 10...

KUALA LUMPUR - Transaksi tol menerusi Pengenalan Frekuensi Radio (RFID) Touch ‘n Go...

Kelindan Lori Didenda RM2,000...

PETALING JAYA - Gara-gara cemburu buta sehingga bertindak memukul isterinya, seorang kelindan lori...

Malaysia Beri Bantuan Kesihatan Pelarian Rohingya

MELAKA – Kementerian Kesihatan bersiap sedia untuk menyalurkan perkhidmatan dan kepakaran kesihatan kepada pelarian Rohingya di Kem Kutupalong, Coxs Bazar, Bangladesh, kata Menterinya Datuk Seri Dr S. Subramaniam.

Beliau berkata namun pihaknya masih menunggu kebenaran daripada pihak berkuasa negara tersebut untuk menyalurkan bantuan dengan kakitangan, petugas serta pakar perubatan telah bersiap sedia untuk melaksanakan misi tersebut.

“Sebuah hospital medan akan ditubuhkan di sana dan kakitangan Kementerian Kesihatan akan membantu memberi rawatan,” katanya kepada pemberita pada Program Penyerahan Sumbangan Sempena Deepavali kepada golongan kurang berkemampuan, di sini hari ini.

Pembinaan hospital itu di Coxs Bazar telah diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika malawat Kem Pelarian Kutupalong hari ini.

Hospital medan itu bernilai RM3.5 juta.

Dr Subramaniam berkata pihaknya turut mengadakan perbincangan dengan agensi berkaitan termasuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta mereka yang memiliki kepakaran yang berminat menyertai misi bantuan kementerian.


“Senarai lengkap pakar dan kakitangan perubatan yang akan terlibat dalam misi tersebut telah diperolehi dan kementerian hanya menunggu masa yang sesuai untuk bertolak ke negara tersebut,” katanya.

Pada program bantuan sempena Deepavali itu, itu seramai 350 orang daripada golongan yang kurang berkemampuan termasuk warga emas dan ibu tunggal menerima sumbangan hamper serta wang tunai. – BERNAMA

Kategori