Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Pengguna Terkejut Jumpa Buaya...

PENGGUNA yang melalui jalan raya di Jalan Karamunsing, Kota Kinabalu, Sabah awal pagi...

Dato’ Siti Positif Dengan...

PENYANYI nombor satu dan tersohor tanah air, Dato’ Siti Nurhaliza Tarudin, 37, akui tidak...

Video: Hebat! Budak 5...

SIAPA yang menafikan kehebatan budak ni berkungfu memang buta kayu.Dalam video berdurasi 1:24...

WOW.. Pizza Hut vs...

BERITA baik buat penggemar pizza semua!Kedua-dua outlet pizza popular di Malaysia, Pizza Hut...

Malaysia Pengerusi J/kuasa Bantuan Kepada ANF

KOTA KINABALU – Malaysia akan mengambil alih tugas pengerusian Jawatankuasa Bantuan kepada Dana Pengemudian (ANF) dari Singapura bagi tempoh tiga tahun bermula tahun depan.

Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Ab Aziz Kaprawi berkata jawatankuasa itu akan menguruskan dana berjumlah US$6 juta (US$1=RM4.228) bagi membangunkan dan menyelenggara bantuan kepada pengemudian kritikal di Selat Melaka dan Selat Singapura.

“Negara-negara pesisir Indonesia, Malaysia dan Singapura menyedari kepentingan Selat Melaka dan Selat Singapura bagi pengemudian antarabangsa dan komited untuk memastikan keselamatan pengemudian di selat-selat tersebut, melindungi alam sekitar marin dan memudahkan pergerakan kapal yang selamat melaluinya,” katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Forum Kerjasama Ke-10 di bawah Mekanisme Kerjasama di bawah Perlindungan Pengemudian Selamat dan Alam Sekitar Negara-Negara Pesisir dan Pengguna Selat di selat-selat tersebut.

Aziz berkata Selat Melaka dan Selat Singapura merupakan antara laluan perkapalan paling sibuk dan penting di dunia dengan lebih 130,000 kapal melaluinya setiap tahun.

Pada majlis perasmian hari ini, negara-negara pesisir memeterai Memorandum Persefahaman bagi pelaksanaan fasa kedua Kajian Ukur Hidrografi Bersama di Selat Melaka dan Selat Singapura.


Ketua Pengarah Marin Datuk Baharin Abdul Hamid berkata fasa kedua kajian itu adalah untuk mendapatkan data hidrografi yang lengkap dan tepat dan menghasilkan Carta Navigasi Elektronik, serta penerbitan pengemudian berkaitan bagi meningkatkan keselamatan pengemudian di selat-selat itu.

“Fasa dua kajian ini meliputi 47 kawasan cetek dengan kedalaman di bawah 30 meter dan dijangka selesai pada 2021,” katanya sambil menambah fasa pertama kajian itu selesai pada 15 Nov tahun lepas.

Beliau berkata kajian itu diperlukan sebelum memulakan projek hidrografi bersama yang akan menumpukan kepada menambah baik keselamatan pengemudian di selat-selat tersebut dan menyokong tujuan penubuhan mekanisme kerjasama negara-negara pesisir. – BERNAMA

Kategori