Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Muhyiddin Diberikan Sambutan Negara...

JAKARTA - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin diberikan sambutan negara di Istana...

Pakatan Harapan Minta Siasat...

KUALA LUMPUR - Pakatan Harapan berpakat meminta bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd...

Doktor Gigi Puaka Dibicarakan...

Nevers (Perancis) - Seorang lelaki Belanda yang digelar media di sini sebagai ‘doktor...

Perbarisan, Acara Menaikkan Bendera...

KUALA LUMPUR - Majlis perasmian Perhimpunan Agung UMNO 2015 dimulakan dengan pemeriksaan perbarisan...

Malaysia Terima 2 Anugerah Sains & Teknologi ASEAN

KUALA LUMPUR – Malaysia merangkul dua anugerah pada Majlis Anugerah Sains dan Teknologi ASEAN yang diadakan bersempena Mesyuarat Menteri-menteri Sains dan Teknologi ASEAN Kali Ke-17 (AMMST -17), Nay Pyi Taw, Myanmar hari ini.

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dalam satu kenyataan media berkata, anugerah itu secara tidak langsung membuktikan pengiktirafan ASEAN kepada penyelidik dan saintis di Malaysia.

Dua anugerah tersebut adalah ASEAN Outstanding Scientist and Technologist Award (AOSTA) yang dimenangi Ir. Dr. Hafizal bin Mohamad dari Malaysian Institute of Microelectronic Systems (MIMOS).

Beliau membawa pulang hadiah kemenangan berbentuk wang tunai berjumlah USD10,000.

Seorang lagi wakil Malaysia Dr. Leong Wai Yie dari Tunku Abdul Rahman University College (TAR UC) menerima ASEAN Meritorious Service Award (AMSA) dan mebawa pulang wang tunai USD10,000 serta trofi.


Selain itu, Prof. Chong Mei Fong dari Nottingham University (Kampus Malaysia) dinobatkan sebagai pemenang tempat kedua anugerah ASEAN-US Prize For Woman dan menerima hadiah wang tunai bernilai USD5,000.

Majlis Pengiktirafan dan Penyampaian Anugerah kepada saintis serta teknologis dari negara ASEAN itu disaksikan oleh Menteri-Menteri serta wakil–wakil dari negara anggota ASEAN dan rakan dialognya. – MYNEWSHUB.CC

Kategori