Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Dewan Rakyat Kecoh Isu...

KUALA LUMPUR - Sidang Dewan Rakyat kecoh apabila wakil-wakil pembangkang terguris dan berang...

KAFA Kecewa Prestasi Pasukan...

KUALA LUMPUR - Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa...

Anwar Tiba Di Indonesia...

JAKARTA: Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Indonesia, hari ini, dalam lawatan rasmi...

“Haramkan Pokemon GO” –...

BARU beberapa hari dilancarkan, permainan Pokemon Go sudah berjaya mencetuskan fenomena luar biasa...

‘Malaysian Tigers’ Dijangka Terima Saingan Sengit

KUALA LUMPUR – Skuad hoki kebangsaan atau ‘Malaysian Tigers’ dijangka berhadapan saingan sengit walaupun turun sebagai pasukan ranking kedua terbaik pada Kejohanan Hoki Piala Asia 2017 di Dhaka, Bangladesh.

Jurulatih hoki negara, Stephen Van Huizen berkata saingan lebih sengit dijangka daripada tiga pasukan dalam ranking 20 terbaik dunia iaitu Korea Selatan (13), Jepun (17) dan China (18), yang belum menempah slot ke Piala Dunia 2018.

“Piala Asia kali ini penting untuk kita mengumpul mata bagi menaikkan ranking atau pun sekurang-kurangnya mengekalkan kedudukan kini. Lagipun pasukan di ranking ke 13 dan 14 dunia hanya berbeza 35 mata dibelakang. Kita kena hati-hati.

Kejohanan ini juga perlu untuk kita memperbaiki mutu permainan pemain. Ini bukan kejohanan yang mudah untuk kita. Ketiga-tiga negara itu sudah pasti lebih bersedia untuk menang,” katanya dalam sidang akhbar Kesatuan Hoki Malaysia di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil, hari ini.

Beliau berkata kejohanan ini adalah penting buat pasukannya walaupun ada yang beranggapan ia tidak penting kerana Malaysia yang kini berada di ranking ke-12 dunia telah pun layak ke Piala Dunia.

Selain Malaysia, pasukan ranking keenam dunia, India dan Pakistan (14) juga turut tersenarai ke Piala Dunia di India, tahun depan.

Malaysia diundi dalam Kumpulan B bersama Korea Selatan, China dan Oman (30) manakala Kumpulan A melibatkan pasukan India, Pakistan, Jepun dan tuan rumah, Bangladesh (34).


Pasukan negara dijadual akan mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan Jepun sebelum Piala Asia membuka tirai pada 11 hingga 22 Oktober.

Mengulas mengenai senarai pemain, tiga pemain senior iaitu Meor Azuan Hassan, Izad Hakimi Jamaluddin dan Firhan Ashaari tidak akan turut serta ke Dhaka ekoran kecederaan.

Manakala, penyerang muda hoki negara Nik Mohd Aiman Nik Rozemi direhatkan dari kejohanan tersebut untuk menyertai kejohanan hoki Piala Sultan Johor pada 22 hingga 28 Okt ini.

Berikut adalah senarai pemain-pemain — S.Kumar, Muhammad Hafizuddin Othman (penjaga gol), Muhammad Razie Abd Rahim, Muhammad Sukri Abdul Mutalib, Muhammad Najmi Farizal Jazlan, Faiz Helmi Jali, Syed Mohammad Syafiq Syed Cholan, Muhammad Azri Hassan (pertahanan), Mohd Marhan Mohd Jalil, Mohd Fitri Saari, Nabil Fiqri Mohd Noor, Joel Samuel Van Huizen, Muhammad Amirol Aideed Mohd Arshad (pemain tengah), Muhammad Haziq Samsul, Muhammad Ramadan Rosli, Muhammad Shahril Saabah, Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Abd Jalil, Faizal Saari (penyerang). – BERNAMA

Kategori