Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Juruterbang Mabuk Dalam Kokpit,...

BERLIN - Pembantu juruterbang syarikat penerbangan Portugal ditahan di Stuttgart selepas didapati mabuk...

Peniaga Runcit Ditahan Jual...

JOHOR BAHRU - Seorang peniaga kedai runcit berusia 35 tahun ditahan kerana didapati...

Muhyiddin Terima Panggilan Ucapan...

KUALA LUMPUR - Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menerima ucapan tahniah daripada...

Lebih Setengah Juta Nilai...

KUALA LUMPUR - Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) telah memberikan subsidi berjumlah RM581,000 menerusi...

Manchester City Sedia Tawar Messi RM1.9 Bilion

MANCHESTER City bersedia memanfaatkan kedudukan kontrak Lionel Messi di Barcelona dengan membuat tawaran £358 juta (RM1.9 bilion) pada Januari, menurut laporan di Sepanyol.

Terdahulu, Barcelona pada musim panas mengumumkan bahawa Messi telah menandatangani kontrak baharu di Nou Camp, melanjutkan tempohnya hingga 2021.

Bagaimanapun, terdapat laporan menyebut kesepakatan itu masih diragui meskipun Barcelona telah membuat pengumuman.

Seperti yang dinyatakan, tawaran Barcelona kepada Messi adalah sehingga habis musim panas dan ini bermakna mana-mana kelab bebas untuk berunding dengan pemain itu seawal Januari.

Menurut akhbar yang berpangkalan di Madrid, Manchester City sedia dengan tawaran £358 juta untuk Messi pada jendela perpindahan seterusnya.


Sumber terdekat kelab itu dilaporkan mengadakan ‘perbualan yang serius bersama pihak terdekat dengan pemain itu’ berhubung rancangan untuk membawa Messi ke Manchester City, sekali gus mempertemukan semula dengan bekas pengurusnya, Pep Guardiola. – Mail Online/mStar Online

Kategori