Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Lagu Madu Dan Racun...

SEKITAR era 1980-an, lagu dari seberang berjudul Madu Dan Racun dendangan Ari Wibowo...

Bayi Maut, Kereta Dipandu...

MELAKA - Seorang bayi lelaki berusia 20 bulan maut selepas tercampak keluar dari...

Restoran Bertaraf Lima Bintang...

PERNAHKAH anda terfikir di dalam sebuah penjara terdapat sebuah restoran mewah bertaraf 5 bintang?Mungkin...

Ringgit Dibuka Rendah Berbanding...

KUALA LUMPUR : Nilai ringgit lemah berbanding dolar AS ketika dibuka untuk urus...

Mangsa Banjir Di Kota Belud Meningkat

KOTA KINABALU – Jumlah mangsa banjir di Kota Belud meningkat kepada 1,824 orang tengah hari ini berbanding 1,729 pagi tadi.

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sabah dalam kenyataan berkata mangsa ditempatkan di lapan pusat pemindahan banjir iaitu Dewan Masyarakat Tun Said, Dewan SMK Agama Tun Said, SMK Taun Gusi 1, SMK Taun Gusi 2, Dewan Gopok Taginambur, Dewan Muhibbah Tombol, Dewan SK Pekan dan Dewan SK Taun Gusi.

Bacaan paras air di dua daripada tiga sungai utama daerah itu tidak berubah dan masih pada paras bahaya sejak pagi tadi iaitu Sungai Tempasuk (5.46m) dan Sungai Abai (5.7m), manakala bacaan paras air di Sungai Kadamaian ialah pada paras normal.

Jumlah kampung yang terjejas turut meningkat daripada 24 kepada 26, bagaimanapun kekal lapan jalan raya yang masih tidak dapat dilalui kenderaan. – BERNAMA

Kategori