KOTA KINABALU – Sebanyak 24 kampung di Kota Belud terjejas banjir manakala lapan jalan raya masih tidak dapat dilalui semua jenis kenderaan kerana ditenggelami air.
Keadaan tersebut menjadikan bilangan mangsa banjir di enam pusat pemindahan banjir di Kota Belud setakat 7.45 pagi ini meningkat kepada 1,729 orang berbanding 1,503 malam tadi.
Menurut kenyataan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sabah, seramai 272 mangsa ditempatkan di Dewan Masyarakat Tun Said, Dewan SMK Agama Tun Said (332), SMK Taun Gusi 1 (365), Dewan Muhibah Tombol (232), SMK Taun Gusi 2 (492) dan Dewan Gopok Taginambur 36 mangsa.
Terdapat mangsa banjir yang ditempatkan di Dewan SMK Arshad namun jumlahnya masih belum diperolehi. – BERNAMA