Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Luahan Hati Anak Perempuan...

PELANTIKAN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri (TPM) yang...

Majalah Sekolah Salah Cetak...

SEORANG pelajar di Phoenix, Arizona ditangkap polis kerana menayangkan zakar ketika bergambar dengan...

Sudah Terlambat Bagi Abdul...

KUALA LUMPUR - Ketua jurulatih skuad tinju negara, Azmi Md Yunus berasa agak...

Kereta Sport Rentung Bakal...

HOUSTAN (Amerika Syarikat) - Sebuah kereta sport bakal dilelong walaupun keadaannya sudah rentung...

Mangsa Banjir Kota Belud Meningkat Malam Ini

KOTA KINABALU – Banjir di Kota Belud semakin buruk dengan jumlah mangsa meningkat kepada 268 orang malam ini, berbanding 180 mangsa petang tadi.

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sabah dalam kenyataannya, berkata jumlah itu melibatkan 102 keluarga yang dipindahkan ke pusat pemindahan di Dewan Masyarakat Tun Said selepas kediaman mereka dilanda banjir akibat hujan berterusan sejak beberapa hari lepas.

Kesemua mangsa itu daripada 15 kampung sekitar Kota Belud iaitu Kampung Donggoi, Kampung Marajah, Kampung Gunding, Kampung Sadok-Sadok, Kampung Sembirai, Kampung Lingkodon, Kampung Linau dan Kampung Lebak Moyoh.

Selain itu Kampung Bobot, Kampung Suang Punggur, Kampung Menunggui, Kampung Song-Song, Kampung Sangkir, Kampung Siasai dan Kampung Keram Benai, kata kenyataan itu.


Kesemua kampung berkenaan dinaiki air berikutan sungai terletak berhampiran melimpah ekoran hujan lebat yang melanda negeri ini, sejak beberapa hari lepas. – BERNAMA

Kategori