Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

200 Premis Makanan Di...

KOTA BHARU - Sejumlah 200 premis makanan di Kelantan telah mendapat sijil pengiktirafan...

Bantahan Kasta Dalit Belenggu...

NEW DELHI - Ratusan anggota keselamatan dihantar ke kawasan yang tegang dengan rusuhan,...

‘Abang Is’ Didenda RM16K...

SEPANG - Seorang ahli perniagaan yang dikenali sebagai Abang Is dalam kalangan pekerja...

Umat Islam Perlu Faham...

YAN – Umat Islam di negara ini digesa agar memahami tatacara dan batasan...

Mangsa Ditembak Di Takbai Terbawa IC Anak

TAKBAI – Seorang rakyat Malaysia maut dipercayai akibat terkena peluru sesat yang dilepaskan sekumpulan individu bersenjata di pusat pemeriksaan di Kampung Cek He, Takbai malam tadi.

Menurut Ketua Polis Takbai, Kol. Phacharapon Na Nakorn, kejadian berlaku pukul 9.30 malam (waktu tempatan) dengan mangsa dikenali sebagai Wan Mohd Zain W.Hussain, 46, dari Kampung Ketil, Tumpat.

“Mangsa yang menaiki motosikal sedang melalui pusat pemeriksaan keselamatan apabila empat lelaki bersenjata yang menaiki sebuah trak pikap melepaskan tembakan ke atas anggota polis yang sedang berkawal di situ. Satu dari pelurunya mengenai mangsa,” katanya hari ini.

Beliau berkata sebutir bom turut meletup tidak jauh daripada lokasi kejadian ketika anggota keselamatan Thai tiba untuk memberi bantuan kepada rakan-rakan mereka yang diserang.

Phacharapon berkata jenazah Wan Mohd Zain dihantar ke Hospital Takbai untuk proses bedah siasat sebelum dihantar pulang ke Malaysia oleh anggota keluarganya.

Turut berlaku sedikit kekeliruan ketika proses mengenal pasti identiti mangsa apabila pihak polis Takbai menemui sekeping kad pengenalan Malaysia di sisi jenazah yang kemudiannya dipastikan oleh anggota keluarga sebagai milik anak mangsa berusia 15 tahun.

Mangsa dipercayai terambil kad pengenalan milik anaknya secara tidak sengaja sebelum bertolak ke selatan Thailand.

Pihak keselamatan Thailand telah memberi amaran tentang kemungkinan berlakunya insiden keganasan di Takbai dan selatan negara itu sempena sambutan ulang tahun peristiwa berdarah di Takbai yang berlaku pada 24 Oktober 2004 yang mengorbankan kira-kira 86 penduduk Islam tempatan.


Kebanyakan mangsa kejadian mati akibat sesak nafas ketika dibawa menaiki trak tentera ke sebuah kem di Pattani.

Sementara itu seorang pegawai penyiasat polis tempatan berkata mereka turut menemui cermin mata dan mata wang ringgit pada mangsa.

“Kita tidak menemui pasport mangsa dan percaya beliau memasuki selatan Thailand secara haram,” katanya dan menambah, mangsa dipercayai memasuki Thailand menggunakan laluan tikus.

Takbai yang terletak di wilayah Narathiwat terletak tidak jauh daripada Sungai Golok yang memisahkan selatan Thailand dengan Kelantan. – BERNAMA

Kategori