KOTA TINGGI – Sejumlah 10 keluarga di Kampung Teluk Ramunia, Pengerang, dekat sini, yang men jadi mangsa kejadian ribut Selasa lepas, menerima bantuan kewangan antara RM1,000 dan RM4,000 bagi membaiki pulih kerosakan rumah masing-masing hari ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Azlina Othman Said, melawat kampung berkenaan dan menyampaikan sumbangan kepada mangsa yang terlibat.
Azalina, yang juga Ahli Parlimen Pengerang itu, menyampaikan wang bantuan sebanyak RM1,000 bagi setiap tujuh keluarga manakala tiga keluarga lagi menerima sebanyak RM4,000 memandangkan rumah mereka mengalami kerosakan teruk akibat ribut berkenaan,
Ketua Kampung Teluk Ramunia Syed Bahrim Syed Ibrahim berkata keprihatinan kerajaan dalam mengambil berat permasalahan rakyat sangat dihargai.
“Kami berterima kasih kepada agensi-agensi kerajaan termasuk Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) daerah dan Baitulmal, Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) kerana melawat pada hari kejadian, selain memastikan atap yang rosak segera dibaiki,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian bantuan tersebut.
Dalam kejadian ribut itu, sebanyak 10 buah rumah, sebuah Pusat Internet 1Malaysia dan dua buah gerai makanan rosak teruk di bahagian bumbung.
Bagaimanpun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan. – BERNAMA