Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Skuad Skuasy Wanita Mampu...

JAKARTA - Ratu skuasy Malaysia Datuk Nicol David yakin pasukan wanita negara mampu...

Mentaliti Kelas Pertama Untuk...

KUALA LUMPUR - Mentaliti 'kelas pertama' perlu ada dalam setiap jiwa warga kota...

AS Gesa Israel Dan...

BAITULMUQADDIS: Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken menggesa rakyat Israel dan Palestin...

‘Optimus Prime’ Dipesan Sultan...

JOHOR BAHRU - Trak Mack termahal di dunia milik Sultan Johor, Sultan Ibrahim...

MASOC Jawab Isu Artis Lewat Dapat Bayaran

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Pengelola Malaysia (MASOC) Kuala Lumpur 2017 dukacita kerana beberapa artis dan pihak lain didakwa masih belum menerima pembayaran atas khidmat mereka pada temasya Sukan SEA ke-29 dan Sukan Para ASEAN ke-9 baru-baru ini.

Ia ekoran MASOC telah melunaskan pembayaran lebih 70 peratus daripada nilai kontrak syarikat yang dilantik menerusi proses tender Kementerian Belia dan Sukan untuk mengendalikan upacara perasmian dan penutupan kedua-dua temasya berkenaan pada 28 Ogos lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif Sekretariat Kuala Lumpur 2017, Datuk Seri Zolkples Embong berkata, MASOC menetapkan sasaran untuk melunaskan semua pembayaran kepada pihak yang telah dilantik bagi menjayakan kedua-dua temasya berkenaan selewat-lewatnya sehingga hujung November ini.

“Pada mesyuarat MASOC bersama Menteri Belia dan Sukan pada 23 Oktober lalu, YB Khairy Jamaluddin telah memberikan arahan agar MASOC mempercepatkan segala proses pembayaran mengambil kira peraturan-peraturan kewangan yang berkuatkuasa terhadap semua syarikat yang telah dilantik memberikan perkhidmatan mereka pada Kuala Lumpur 2017,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Justeru, kata Zolkples, MASOC kini bekerjasama dengan Kementerian Kewangan untuk mempercepatkan proses pembayaran berkenaan dengan sasaran dapat melunaskan semua bayaran itu sebelum akhir November ini.

Media propembangkang sejak semalam melaporkan kenyataan penyanyi Adibah Noor yang membangkitkan tentang isu bayaran untuk artis yang membuat persembahan semasa acara penutup KL2017 di media sosial.

Adibah Noor dilaporkan mengecam pihak yang lewat membuat bayaran itu dan menggesa mereka supaya mempercepatkannya walaupun terlalu sibuk dengan Bajet 2018.

Penyanyi, Datuk Zainal Abidin pula dilaporkan menyalahkan menteri disebabkan kelewatan itu dengan berkata: “Bukan menteri saja nak kehidupan mewah.”

Baca: Zainal Kecewa Penganjur Sukan Sea Belum Bayar Gaji

Mengulas lanjut, Zolkples berkata, terdapat dua jenis perolehan untuk Kuala Lumpur 2017 iaitu yang dibuat oleh Sekretariat MASOC sendiri selain daripada yang disempurnakan oleh 16 jawatankuasa kecil di bawah MASOC.


Menurut beliau, perolehan yang dilakukan oleh 16 jawatankuasa kecil MASOC akan dibayar sekiranya setiap jawatankuasa berkenaan telah mengemukakan permohonan pembayaran yang lengkap mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Kewangan Kuala Lumpur 2017.

“Segala perolehan yang dibuat oleh Sekretariat kebanyakannya sudahpun mendapat bayaran awal antara 70 hingga 90 peratus daripada nilai kontrak dan seharusnya syarikat atau agensi berkenaan dapat melunaskan bayaran kepada pihak ketiga yang telah memberikan perkhidmatan mereka.

“Bagaimanapun semua permohonan pembayaran yang dilakukan perlu melalui proses dokumentasi yang lengkap dan teratur mengikut peraturan Perbendaharaan yang ditetapkan,” katanya.

Berhubung rungutan sukarelawan yang dikatakan masih belum menerima bayaran elaun mereka, kata beliau hampir kesemua daripada mereka yang telah mengemukakan tuntutan dan menepati prosedur yang ditetapkan telah dibayar oleh MASOC.

“Bagaimanapun ada juga yang masih belum dibayar terutama atas sebab-sebab teknikal seperti kesalahan nombor.akaun bank dan kesilapan butiran peribadi namun jumlah aduan semakin berkurang. MASOC telah menetapkan setiap aduan berhubung kelewatan pembayaran sukarelawan ini diselesaikan dalam tempoh lapan hari bekerja,” katanya.

Sesiapa yang mempunyai sebarang pertanyaan berhubung pembayaran atas khidmat yang telah dilakukan boleh menghubungi [email protected] bagi memastikan semua pembayaran berhubung pengelolaan Kuala Lumpur 2017 berjalan lancar. – MYNEWSHUB.CC

Kategori