Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

‘Gurauan Bom’ Penumpang Terjun...

JAKARTA - Sebelas penumpang pesawat Lion Air cedera akibat 'gurauan bom' seorang daripada...

Pekerja Kilang Ke-6 Maut...

CHINA – Seorang pekerja kilang menghasilkan barangan elektrik untuk syarikat terkenal termasuk telefon...

Penganggur Dijel 7 Bulan...

KUALA LUMPUR - Seorang wanita dijatuhi hukuman penjara tujuh bulan oleh Mahkamah Majistret...

Video Seks Songsang: Ada...

KUALA LUMPUR - Naib Presiden PKR, Zuraida Kamarudin percaya terdapat tanda-tanda gelabah dan...

Mayat 7 Warga Indonesia Dibawa Pulang Malam Ini

BUKIT MERTAJAM – Mayat tujuh rakyat Indonesia yang terbunuh dalam kemalangan dua bas kilang dan sebuah van kilang di Km 147 Lebuhraya Utara-Selatan menghala utara berhampiran Plaza Tol Juru semalam akan dibawa pulang ke kampung halaman mereka malam ini.

Naib Konsul Jeneral Indonesia di Pulau Pinang, Osrinikita Zubhana berkata urusan membawa pulang mangsa itu dilakukan oleh pihaknya dengan kerjasama majikan mereka iaitu kilang Sony.

“Semua proses bedah siasat dan dokumentasi mayat telah siap dan saya dimaklumkan oleh pihak majikan mereka yang penerbangan membawa pulang tujuh mangsa itu akan dilakukan malam ini dan dijangka tiba di kampung halaman masing-masing esok serta lusa (Jumaat).

“Empat mayat dibawa balik ke Medan, dan masing-masing satu ke Aceh, Jawa Tengah dan Jawa Timur. Tiada keluarga mereka yang datang ke sini (Pulau Pinang) kerana mereka mahu menunggu di Indonesia,” katanya kepada pemberita di Unit Forensik Hospital Seberang Jaya (HSJ), di sini hari ini.

Dalam kejadian 5.30 pagi itu lapan pekerja kilang maut manakala 44 lagi cedera.

Mereka yang maut ialah warga tempatan Noriah Kasa, 40, dan tujuh rakyat Indonesia iaitu Serlia, 21; Resni Tumanggar, 22; Yeni, 20; Sartika Pasaribu,19; Wami Windasih,19; Faridah,18; dan Kris Pratiwi, 20.

Noriah adalah pekerja kilang Plexus di Bayan Lepas manakala yang lain merupakan pekerja kilang Sony di Perai. Ketika kejadian semua wanita itu dalam perjalanan ke tempat kerja mereka.


Osrinikita berkata pihaknya akan mengadakan perbincangan dengan majikan tujuh mangsa itu bagi mendapatkan pampasan yang setimpal untuk waris mereka serta menguruskan insurans mereka.

“Ketika ini seramai 20 wanita warga Indonesia termasuk dua orang ditempatkan di Unit Rawatan Rapi di HSJ dan Hospital Pulau Pinang kerana masih mendapatkan rawatan manakala sembilan yang lain sudah dibenarkan pulang,” katanya.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata ujian air kencing dan darah ke atas pemandu bas kilang yang terlibat dalam kemalangan itu didapati negatif dadah dan alkohol.

“Mereka direman empat hari dan kami sedang menjalankan siasatan lanjut bagi melengkapkan kes itu,” katanya. – BERNAMA

Kategori