Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

MSNT Tak Terima Surat...

KUALA TERENGGANU - Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) menafikan ada menerima permohonan bantuan...

Kali Pertama Warga AS...

TOKYO - Sebuah wilayah di Jepun terpaksa membuka kekosongan jawatan untuk seorang ninja...

Bulu Ketiak Punya Pasal,...

SEORANG mahasiswi dari Belgium mempunyai cara 'unik' tersendiri untuk mempamerkan kecantikan tubuh badannya...

Doktor Bius Melancap Depan...

ANKARA - Sebuah mahkamah tempatan Turki di Aegean, wilayah Izmir pada 18 Ogos memerintahkan...

Maznah Mengadu Keletihan Sejak Dua Bulan Lepas

KUALA LUMPUR – Usahawan terkenal, Allahyarham Datuk Dr Maznah Hamid sering mengadu keletihan sejak dua bulan lepas sebelum pemeriksaan kesihatan menunjukkan masalah terhadap injap jantungya, menurut suaminya Datuk Seri Shaheen Mirza Habib.

“Dua minggu lalu selepas balik dari Kedah, ketika naik tangga arwah ada mengadu keletihan sangat dan merasa tidak boleh bernafas,’’ katanya kepada pemberita selepas isterinya meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) semalam.

Beliau berkata keputusan dibuat supaya arwah menjalani pemeriksaan di Hospital Ampang Puteri dekat sini.

“Pemeriksaan terhadap paru-paru mendapati tiada apa-apa masalah namun pemeriksaan lanjut mendapati injap jantung Datuk Maznah telah rosak teruk,” kata Shaheen.

Susulan itu, beliau berkata keluarga membuat keputusan supaya Allahyarham, yang merupakan exco Wanita UMNO dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Securiforce, mendapatkan rawatan lanjut di IJN.

Allahyarham yang berusia 62 tahun menjalani pembedahan jantung pada 28 September lalu sebelum meninggal dunia pada 6 petang semalam.

Shaheen berkata beliau sekeluarga amat terkejut dengan masalah kesihatan yang dihidapi Allahyarham sebelum meninggal dunia.


‘”Arwah seorang yang aktif dan sering memeriksa tahap kesihatannya secara berkala… dan keputusan selalunya menunjukkan beliau seorang yang sihat,” katanya.

Dalam pada itu, anak sulung Allahyarham, Nur Sharmila Shaheen berkata beliau sekeluarga reda dengan pemergian ibu mereka dan berterima kasih dengan semua pihak yang menziarah dan mendoakan kebaikan Allahyarham.

Dalam pada itu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan isteri Datin Seri Hamidah Khamis menziarahi jenazah Allahyarham di IJN sebelum mengiringi jenazah ke kediaman arwah di Ukay Heights, Ampang.

Jenazah dijadual dikebumikan selepas solat Asar. – BERNAMA

Kategori