Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Zahid: UMNO Letak Ketua...

Ketua Umno Bahagian Tambun Datuk Aminuddin Md Hanafiah dijangka bakal dipilih oleh Barisan...

Solat Guna Telekung Jenama...

SELEPAS isu penggunaan barangan tiruan berjenama mewah dalam kalangan selebriti dan Instafamous kecoh...

Diva AA Mengamuk, Buang...

DIVA kontroversi, Azwan Haji Ali, sekali lagi dilihat mengamuk di akaun Instagramnya semalam, ekoran...

Korea Selatan Izin Zina,...

SEOUL - Mahkamah Perlembagaan Korea Selatan pada Khamis memutuskan rakyat negara itu bebas...

Media Asia Perlu Tumpu Bagi Laksana Transformasi Digital

CYBERJAYA – Syarikat media Asia perlu memberi tumpuan kepada isu yang berteraskan rakyat dan sosio-ekonomi yang menarik selain laporan berita-berita serius dan politik, kata Pengarah Asia Digital CNN Marc Lourdes.

Beliau berkata terdapat ruang bagi media untuk meninjau perkara ini dan menumpukan kepada isu yang akan menjadikan industri lebih menarik, untuk mencatat kemajuan pada masa akan datang.

“Media Asia semakin menarik berikutan lebih banyak syarikat media digital baharu yang wujud, menjadikan media tradisional memikirkan semula strategi mereka,” katanya kepada Bernama di luar Malaysian Global Innovation and Creativity Centre Symposium 2017 (MA2017) di sini hari ini.

Lourdes berkata syarikat media Asia perlu lebih memberi tumpuan kepada pertumbuhan teknologi dan digital susulan ledakan teknologi akan melanda industri tidak lama lagi.

Beliau berkata pertumbuhan teknologi penerbitan digital dijangka membawa dilema baharu bagi syarikat media jika syarikat tersebut tidak cukup bersedia.


“Menjelang 2023, interaksi orang ramai dengan peranti akan berasaskan suara. Ini akan menjadi transformasi baharu dalam hubungan antara media dan teknologi.

“Di CNN, kami mempunyai unit dron. Kami melatih orang untuk mengambil gambar dan video dengan menggunakan dron. Bagaimanapun, saya melihat perkara ini tidak begitu dipraktikkan dalam kalangan media tempatan di Asia,” kata Lourdes.

Kira-kira 2,000 peserta dijangka menyertai simposium selama empat hari itu yang akan berakhir esok. – BERNAMA

Kategori