Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

13,336 Kes Baru, Kadar...

Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan sebanyak 13,336 kes baru Covid-19 direkodkan semalam, menjadikan jumlah...

USIM Tuan Rumah Konvensyen...

NILAI - Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) akan menjadi tuan rumah Konvensyen Kumpulan...

Pemandu Teksi Jujur Diambil...

SIKAP jujur seorang pemandu teksi di Filipina telah merubah nasibnya dan keluarga apabila...

26 Hospital Dipilih Kendali...

KUALA LUMPUR - Kementerian kesihatan (KKM) hari ini mengeluarkan senarai 26 hospital di...

Media Kawalan Pembangkang Sabotaj Ekonomi Malaysia?

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan kesal dengan perbuatan media kawalan pembangkang seperti Malaysian Insight dan Edge kerana didakwa masih meneruskan kempen untuk mensabotaj ekonomi Malaysia.

Terbaru, kata beliau, media dikawal pembangkang terbabit mengambil laporan mutakhir Bank Dunia mengenai Asia Timur dan tanpa segan silu menyebarkan penipuan berhubung ekonomi Malaysia dalam bentuk berita yang boleh menjejaskan ekonomi negara.

Jelas beliau, penipuan oleh media kawalan pembangkang itu bermula dengan penyiaran berita kononnya daripada 15 ekonomi Asia yang dianalisis dalam laporan itu, Malaysia serta beberapa negara Asia lain diunjur menjadi lebih buruk.

“Hanya golongan tidak mempedulikan negaranya yang berharap ekonomi hancur supaya dapat meraih kepentingan politik murahan.

“Berita palsu mereka tidak seiring dengan apa yang diperakui institusi global mengenai Malaysia. Mereka tahu kerajaan mempunyai pelan ekonomi dan perancangan itu akan terus dilaksanakan demi manfaat rakyat Malaysia,” tegasnya dalam satu kenyataan media hari ini.

Abdul Rahman berkata, laporan mutakhir Bank Dunia dengan jelas menyebut ekonomi Malaysia diramal tumbuh lebih pantas, mencerminkan peningkatan keyakinan, lebih banyak pelaburan dan pemulihan dalam dagangan dunia, tetapi kenyataan Bank Dunia itu tidak pula dilaporkan oleh media kawalan pembangkang terbabit.

Selain itu, katanya, laporan Bank Dunia turut menyebut “beberapa kerajaan berjaya mengurangkan defisit fiskal pada 2017 khususnya Mongolia dan Malaysia, namun defisit kekal tinggi atau di landasan untuk terus meningkat bagi kebanyakan negara” dan ia adalah hasil daripada langkah kerajaan mengambil beberapa keputusan sukar dan tidak popular demi kepentingan rakyat.

Tambah beliau, laporan terbaru Bank Dunia turut menyebut pertumbuhan dalam perbelanjaan penggunaan persendirian dan peningkatan eksport komoditi utama serta pembuatan menyumbang kepada kepantasan pertumbuhan Malaysia. Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tumbuh pada kadar 5.6 peratus dalam suku pertama 2017 dan 5.8 peratus pada suku kedua.

“Ia prestasi terbaik sejak suku pertama 2015, Bunyinya tidak mencerminkan ekonomi semakin merudum seperti mana dicanang oleh media pembangkang bukan?” sindir beliau.

Abdul Rahman seterusnya berkata, laporan mutakhir Bank Dunia turut menyatakan bahawa Malaysia mengubahsuai bajetnya ketika harga minyak dunia menjunam pada 2016 dan langkah itu berjaya mengembalikan program penyatuan fiskalnya kembali ke landasan betul.

Selain itu, katanya, laporan mutakhir Bank Dunia meyebut bahawa jumlah kemasukan Pelaburan Langsung Asing (FDI) terus rancak di Malaysia dan angka kemiskinan tegar di Malaysia adalah amat sedikit.

Justeru, kata beliau, adalah amat menjijikkan apabila pembangkang dan proksi media mereka cuba merendah-rendahkan keyakinan semua pihak terhadap Malaysia dengan membuat penipuan seperti itu.

Tambah beliau, pembangkang menentang Cukai Barang dan Jualan (GST), tetapi laporan Bank Dunia dengan jelas menggalakkan pelaksanaan cukai itu secara lebih meluas apabila menyatakan keutamaan di Malaysia wajar merangkumi peluasan asas cukai pendapatan peribadi dan mengurangkan pengecualian daripada cukai jualan am.


“Aneh juga apabila perkara itu tidak pula disebut oleh media dikuasai pembangkang,” sindir beliau lagi.

Katanya lagi, Malaysian Insight menyeru rakyat Malaysia membaca laporan baharu Bank Dunia untuk membuat kesimpulan sendiri kononnya sama ada Barisan Nasional terlepas peluang tambahan ke arah pertumbuhan ekonomi.

Abdul Rahman berkata, rakyat Malaysia sememangnya wajar membaca laporan baharu Bank Dunia tersebut, tetapi secara menyeluruh kerana berikut adalah kesimpulan daripada laporan Bank Dunia tersebut:

1. Pertumbuhan KDNK di Malaysia berlaku pantas ketika separuh pertama 2017 kepada 5.7 peratus (perbandingan tahun ke tahun), disokong oleh permintaan domestik dan luaran yang kukuh. Hasilnya, ekonomi Malaysia diunjur berkembang dengan kadar 5.2 peratus pada 2017. Prospeknya kekal positif, sejajar keadaan ekonomi Malaysia terus menikmati pertumbuhan memberangsangkan yang merentasi pelbagai sektor secara meluas.

2. Ekonomi Malaysia dijangka mengekalkan momentum pertumbuhan semasa pada 2018 dan 2019, walaupun pada kadar lebih sederhana di sebalik unjuran pertumbuhan penggunaan modal yang lebih rendah.

Jelas Abdul Rahman, beliau tidak memetik laporan Bank Dunia secara “berpilih” kerana laporan itu memang perlu dibaca secara keseluruhan kerana walaupun laporan Bank Dunia ada menyentuh aspek tentang bahaya dan risiko, laporan itu jelas memuji pencapaian semasa Malaysia.

“Kesimpulan menyeluruh itu dengan sendirinya menepis dakyah dangkal golongan tidak patriotik, kononnya ekonomi Malaysia semakin parah. Ramalan siapa?

“Ini adalah kesimpulan Bank Dunia dan sesiapa saja boleh membacanya di laman web rasminya: ā€œEkonomi Malaysia berkembang untuk menjadi lebih kukuh.” (Jun 2017)

“Ini adalah pencapaian sebenar kerajaan di bawah kepemimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Mereka yang menyebarkan pembohongan demi kepentingan politik sepatutnya berasa malu kerana memalukan negara dan rakyat Malaysia,” katanya. -MYNEWSHUB.CC

Kategori