Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Polis Buru Pemandu Tunjuk...

PETALING JAYA - Polis giat mengesan seorang lelaki selepas dipercayai terlibat dalam satu...

Ops Raya: Bomba Kelantan...

PASIR PUTEH - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan mengenal pasti tujuh...

Proses Penamaan Calon PRK...

BUKIT MERTAJAM - Proses penamaan calon bagi pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Permatang...

Ahli DAP Paloh Direman...

Seorang ahli DAP bahagian Paloh ditahan di rumahnya lewat tengah malam tadi kerana...

Melaka Cadang Tubuh Pusat Kesihatan Asas Herba

ALOR GAJAH – Kerajaan negeri Melaka bercadang untuk menubuhkan pusat kesihatan berasaskan herba dan farmasi di Stesen Institut Penyelidikan Dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) Kuala Linggi.

Exco Pertanian dan Pembangunan Usahawan Melaka, Datuk Hasan Rahman berkata pusat itu akan menjadi projek printis kerajaan negeri dan yang pertama seumpamanya di negara ini.

“Ini adalah merupakan janji kerajaan negeri bahawa daerah Kuala Linggi juga tidak ketinggalan dalam usaha-usaha tranfomasi sektor pertanian agar ia menjadi lebih berdaya saing di peringkat dalam negeri dan juga di peringkat antarabangsa,”katanya kepada pemberita di stesen MARDI itu dekat sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Pelancaran Teknologi dan Hari Bertemu Pelanggan MARDI yang turut dihadiri, Ketua Pengarah MARDI Datuk Dr Sharif Haron.

Katanya kerajaan negeri juga mencadangkan agar pihak MARDI menubuhkan satu unit khas yang mempunyai kepakaran dalam bidang berkaitan herba dan farmasi di Kuala Linggi bagi mengembangkan usaha tersebut.

“Saya harap dengan penubuhan pusat kesihatan dan herba ini akan membuka peluang baharu kepada usahawan tempatan untuk mengembangkan perniagaan mereka dalam bidang tersebut,” katanya

Sementara itu, Sharif berkata pihaknya menyambut baik cadangan kerajaan negeri itu dan sudah memulakan usaha berkenaan secara kecil-kecilan bagi melahirkan usahawan herba pada skala kecil.


“Dengan adanya saranan daripada kerajaan negeri kita akan melakukan kajian untuk mengembangkan usaha perusahaan herba pada skala yang lebih besar,” katanya.

Beliau berkata semua usahawan tempatan akan diberi peluang untuk meneroka bidang baharu itu.

Sharif berkata stesen MARDI di Kuala Linggi bukan hanya menyediakan khidmat spa berasaskan pati herba tetapi turut menjadi ‘pusat sehenti bagi tanaman hiliran dan juga pusat memproses produk berkenaan. – BERNAMA

Kategori