KUALA LUMPUR – Seorang sifu feng shui telah membuktikan kerjayanya ternyata mendatangkan hasil lumayan apabila dia telah memenangi RM20.5 juta dalam satu permainan loteri.
Dengan hanya bermodalkan sekeping tiket Toto 4D yang mempunyai lima nombor (System 5) di mana kombinasi dua nombor daripadanya iaitu 1651 dan 7288 telah memenangi tempat kedua dan ketiga.
Katanya lagi, kemenangan itu nerupakan durian runtuh yang ajaib kerana berlaku selepas bersembahyang di tokong yang biasa dikunjunginya.
“Ramai pengikut tokong tersebut menang loteri. Saya mendapat nombor bertuah saya 1651 dan 7288 selepas sembahyang pada Jumaat.
“Tetapi saya hanya membeli nombor tersebut buat pertama kali pada Sabtu dan menang loteri RM20.5 juta.
“Saya mesti berterima kasih kepada Tuhan kerana melindungi saya,” katanya dalam satu kenyataan disiarkan Sports Toto Malaysia.
Perunding feng shui itu berkata sebahagian hadiah kemenangannya akan disumbangkan kepada tokong berkenaan.
Menurut Sports Toto, lelaki itu telah pun menuntut kemenangannya pada 2 Oktober lalu. –Â MYNEWSHUB.CC