Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

AirAsia Dan MAHB Berhubung...

SEPANG - AirAsia Bhd dan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) telah berhubung dengan...

EPU Buat Kajian Tangani...

JELI : Kerajaan melalui Unit Perancang Ekonomi (EPU) Jabatan Perdana Menteri (JPM) akan...

Pendekatan Politik Zaman Moden...

Pemimpin pada masa kini perlu menggunakan pendekatan yang berbeza yang tidak terlalu menjurus...

Terpulang SPR Untuk Longgarkan...

Terpulang kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk melonggarkan prosedur operasi standard (SOP) pada...

Mercy Hantar Staf Perubatan Bantu Pelarian Rohingya

KUALA LUMPUR – Di tengah-tengah kebanjiran drastik pelarian Rohingya ke Bangladesh berikutan keganasan di utara Wilayah Rakhine, Myanmar, Persatuan Bantuan Perubatan Malaysia (MERCY Malaysia) akan menghantar kira-kira 60 kakitangan perubatan dalam enam bulan akan datang.

Presidennya, Datuk Dr Ahmad Faizal Mohd Perdaus berkata pada masa ini, keperluan perubatan mendesak pelarian Rohingya adalah terhadap wanita mengandung dan kanak-kanak kerana mungkin berlaku wabak kolera dan penyakit bawaan air lain berikutan kekurangan kebersihan dan bekalan air bersih serta sanitasi yang baik.

“Kementerian Kesihatan Bangladesh akan melaksanakan vaksinasi kolera besar-besaran tidak lama lagi untuk 500,000 pelarian, dan kami akan berada di sana memberi bantuan perubatan dan menangani masalah air, sanitasi dan kebersihan,” kata beliau dalam satu sidang media di sini hari ini.

MERCY Malaysia akan beroperasi dari kem pelarian di Balukhali dan Thangkali serta memerlukan kira-kira RM5 juta untuk menyediakan penjagaan kesihatan kepada pelarian Rohingya.

“Sementara kami berharap keadaan akan bertambah baik dalam beberapa bulan akan datang menerusi koordinasi yang lebih baik dalam kalangan kerajaan, tentera, agensi Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) dan masyarakat madani, realitinya keadaan di kem-kem (pelarian) adalah menyedihkan.

Dr Ahmad Faizal juga berkata MERCY Malaysia mempunyai empat wakil bagi memberi bantuan perubatan di dua klinik untuk pelarian.


“Dalam enam bulan akan datang, 12 pasukan akan dihantar ke sana, dengan tempoh giliran setiap dua minggu. Apabila keperluan membantu wanita mengandung meningkat, terdapat rancangan untuk menambah perkhidmatan termasuk untuk penjagaan ibu mengandung dan selepas melahirkan anak. Ada juga rancangan untuk menjadikan satu daripada klinik itu kepada klinik bersalin untuk mengurangkan beban kepada kemudahan kesihatan kerajaan sedia ada,” katanya.

Menurut perangkaan yang diberikan Pertubuhan Antarabangsa Mengenai Migrasi (IOM), setakat 1 Okt lepas, kira-kira 507,000 pelarian baharu melarikan diri dari wilayah yang di dalam krisis itu dan tentera Bangladesh telah menetapkan 12 kem utama untuk mereka.

Dua kem utama, Kutupalong dan Balukhali dalam daerah Cox Bazar, menempatkan lebih daripada separuh pelarian yang melarikan diri dari wilayah yang dilanda krisis itu.

Sejak krisis itu meletus pada 25 Ogos lepas, lebih daripada 400,000 etnik Rohingya melarikan diri ke Bangladesh berikutan tindak balas tentera Myanmar terhadap serangan Arakan Rohingya Salvation Army terutamanya di Wilayah Rakhine. – BERNAMA

Kategori