Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

McDonald’s Jual Aiskrim McFlurry...

KUALA LUMPUR - Para penggemar raja buah, durian, mula berpusu-pusu ke McDonald's setelah...

Angkatan Tentera ‘Insurans’ Keselamatan...

KANGAR - Angkatan Tentera Malaysia boleh disifatkan sebagai 'insurans' keselamatan negara, perlu dipermodenkan...

Sam Tidak Ikut Syatilla...

ANAK dan isteri bercuti ke luar negara... Tapi mana ayahnya? Inilah soalan yang...

Lebih 200 Murid Orang...

GUA MUSANG - Lebih 200 kanak-kanak Orang Asli berumur sembilan tahun ke bawah...

Mohon Peruntukan Gerak Pusat Konservasi Penyu

ALOR GAJAH – Kerajaan negeri Melaka memohon peruntukan khas dalam Bajet 2018 bagi menggerakkan Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu Melaka di Padang Kemunting di sini secara lebih aktif dan terancang.

Exco Pertanian dan Pembangunan Usahawan Negeri, Datuk Hasan Abdul Rahman berkata peruntukan berkenaan adalah perlu bagi memastikan pusat berkenaan yang kini menjadi tumpuan penyu karah mendarat dapat dipantau secara lebih dekat serta konsisten bagi menjamin keselamatan haiwan terancam itu dan telurnya daripada hilang.

Beliau berkata pendaratan penyu karah di Melaka adalah tertinggi di Semenanjung Malaysia dan menjadi antara lokasi pendaratan penyu karah terpenting di Asia Tengggara.

“Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu di Padang Kemunting satu-satunya yang ada di Melaka dan kini menjadi kawasan penyu karah mendarat setelah kebanyakan kawasan persisir pantai di negeri ini diganggu-gugat dengan aktiviti tambakan laut yang sekali gus mengubah ekosistem laut.

“Peruntukan khusus berkenaan akan digunakan untuk mewujudkan struktur tetap atau pekerja tetap yang akan ditempatkan di pusat ini sepanjang masa dan tidak bergantung pada kakitangan Jabatan Perikanan Negeri,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Pelepasan Anak Penyu sempena Program Pra Gelombang Nelayan Nasional Peringkat Negeri Melaka 2017 di sinimalam tadi.

Pada majlis yang turut dihadiri Anggota Dewan Undangan Negeri Tanjung Bidara Datuk Md Rawi Mahmud dan Pengarah Jabatan Perikanan Melaka Johari Tim itu sebanyak 102 ekor anak penyu karah dilepaskan ke laut.

Mengenai jumlah yang diperlukan bagi menggerakkan pusat berkenaan, Hasan berkata peruntukan tersebut tertakluk pada kertas kerja yang akan dirangka Jabatan Perikanan bersama Unit Pembangunan Ekonomi Negeri.


Beliau berkata usaha tersebut juga dapat membantu membangunkan industri ekopelancongan memandangkan pusat berkenaan menjadi tumpuan pendaratan spesis penyu terancam.

“Selain itu Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu Melaka ini juga boleh menjadi pusat rujukan atau penyelidikan bagi spesies haiwan terancam untuk pelajar universiti atau pihak yang ingin membuat kajian mereka,” katanya.

Sementara ituJohari berkata jumlah pendaratan penyu karah di Melaka menurun kepada 383 dengan jumlah telur turut berkurang kepada 42,248 biji pada tahun lepas berbanding 418 pendaratan dengan jumlah 47,148 biji telur pada tahun 2015.

Beliau berkata jumlah penetasan telur penyu juga menurun kepada 27,285 biji pada tahun lepas berbanding 16,067 biji pada tahun 2015 dan keadaan berkenaan disebabkan pelbagai faktor antaranya termasuk perubahan ekosistem laut akibat aktiviti tambakan di sepanjang perairan negeri ini. – BERNAMA

Kategori