Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Kem. Pendidikan Tawar ‘Bursary’...

KUALA LUMPUR - Pelajar yang memperoleh keputusan cemerlang 9A+ ke atas dalam Sijil...

Kadar PSC Antarabangsa Klia2,...

PUTRAJAYA - Kadar Caj Perkhidmatan Penumpang (PSC) bagi penumpang penerbangan antarabangsa yang menggunakan...

Gagasan Saran 3 Perkara...

KUALA TERENGGANU - Gagasan Pendidikan Melayu Malaysia (Gagasan) mencadangkan tiga perkara untuk perhatian...

Rebecca Nur Islam Dan...

Sama seperti memakai tudung, keinginan untuk berpakaian mengikut syariat Islam memerlukan hidayah untuk...

MOM Senarai 71 Atlet Daripada 98 Slot Sukan Komanwel

KUALA LUMPUR – Majlis Olimpik Malaysia (MOM) menyenaraikan 71 atlet daripada 98 slot yang diberikan oleh jawatankuasa penganjur Sukan Komanwel ke-21 di Gold Coast, Australia.

Presiden MOM Tan Sri Tunku Imran Tuanku Jaafar berkata setakat ini,10 sukan telah menghantar senarai pendek atlet yang bakal bertanding di temasya itu termasuk bagi acara berpasukan seperti hoki (lelaki dan wanita), ragbi tujuh sebelah (lelaki) dan bola keranjang wanita.

Sementara lima jenis sukan lagi iaitu olahraga, renang, menembak, ping pong dan triathlon masih belum menghantar senarai atlet, katanya.

Tunku Imran berkata pada temasya kali ini, turut menawarkan 20 slot untuk atlet para dalam lima jenis sukan iaitu berbasikal trek, boling padang, renang, olahraga dan ping pong.

Daripada jumlah itu, Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) telah menyenaraikan 14 atlet para untuk ke Sukan Komanwel.

“Senarai nama yang diserahkan hari ini adalah berdasarkan kepada prestasi dan juga potensi atlet untuk meraih pingat buat kontinjen negara.
“Senarai akhir atlet akan dimuktamadkan pada Mac tahun depan. Buat masa ini, Datuk Lee Chong Wei dan Datuk Nicol David ada dalam senarai kontinjen,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa pemilihan Sukan Komanwel di sini hari ini.

Pada mesyuarat yang turut dihadiri Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Ahmad Shapawi Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Sukan Negara (ISN) Dr Khairi Zawi dan Ketua Kontinjen negara ke Sukan Komanwel Huang Ying How.


Sementara itu, Huang berkata beliau berpuas hati dengan hasil mesyuarat hari ini dan yakin semua persatuan yang terlibat telah melakukan persediaan yang baik menjelang sukan itu.

“Saya rasa atlet telah bersedia kerana mereka menjalani latihan setiap masa dan tidak hanya menunggu kejohanan tertentu sahaja,” katanya yang juga Presiden Persatuan Skuasy Malaysia (SRAM).

Wakil daripada 15 jenis sukan hadir pada mesyuarat hari ini termasuk badminton, bola keranjang wanita, ping pong, renang, terjun, gimnastik, menembak, boling padang, berbasikal trek, tinju, hoki, ragbi, skuasy, triathlon, angkat berat, dan lima acara para iaitu olahraga, boling padang, berbasikal trek, ping pong dan powerlifting.

Pada edisi ke-20 di Glasgow, Malaysia meraih enam pingat emas, tujuh perak dan enam gangsa.

Tiga emas dimenangi dalam acara badminton berpasukan campuran, beregu lelaki dan wanita, manakala selebihnya menerusi angkat berat, terjun dan skuasy. – BERNAMA

Kategori