MAKIN lama makin panas dan tak masuk akal pula mengenai isu kontroversi ‘kisah cinta’ antara Shahir dan Mona Syamimi ni.
Terbaharu, Mona dikatakan pernah berkahwin sebelum ini dan sudah dikurniakan dua orang cahaya mata hasil perkahwinannya beberapa tahun yang lalu. Betul ke tu?
“Ya benar saya berstatus ibu tunggal dan mempunyai dua anak.
“Saya pernah berkahwin pada tahun 2009 tapi hubungan itu tidak berpanjangan,” ujarnya kepada mStar Online.
Mona Syamimi Mohd. Samsudin, 27, sebelum ini mendedahkan kononnya dia bercinta dengan bintang AF Megastar, Shahir Zawawi.
Akibat kontroversi yang secara tiba-tiba itu, semalam Shahir telah meluahkan perasaannya untuk menarik diri dari program tersebut.
Baca: Shahir Tarik Diri, Ewal Dedah Perangai Sebenar Mona
Namun kini Mona mengaku pula dia sebenarnya sudah mempunyai teman lelaki yang merupakan pemain bola sepak negeri Terengganu dan hanya dikenali sebagai Mohd. Ridzuan.
Lah… Kalau dah ada boyfriend, kenapa sebelum ni bukan main keluar statement macam awak tu bercinta dengan Shahir? Sampai gigih tunjuk conversation di WhatsApp?
Juga: Didakwa ‘Hanya Peminat’, Ini Respon Mona…
Tambah pramugari itu lagi, kenyataan yang pernah diberinya sebelum ini hanya untuk membersihkan nama dan maruahnya sahaja, bukan berniat untuk menjatuhkan sesiapa.
“Saya buat kenyataan itu adalah untuk mempertahankan diri saya. Saya juga akui perkara itu sedikit sebanyak menjejaskan hubungan saya dengan kekasih baharu iaitu Mohd Ridzuan.
“Saya sudah tidak mahu dengan Shahir dan kini berkawan seorang pemain bola Terengganu. Mujur dia tahu tentang hubungan dengan Shahir dan memahami keadaan tersebut,” ujarnya lagi.
Nak pertahankan diri sampai sanggup memalukan diri sendiri ke macam mana tu? Macam-macam kenyataan awak dah bagi sebelum ni kan sampai jadi kecoh antara Shahir dan Erra Fazira.
Dalam masa sama, ketika ditanya mengenai dakwaan Ewal pagi tadi yang mengaku dirinya juga pernah didekati olehnya, wanita kelahiran negeri Terengganu itu menegaskan bahawa dia tiada hasrat untuk goda penyanyi itu.
Tambahnya, dia sudah kenal Ewal dan Syamel sebelum mereka bergelar pelajar AF malah mengaku pernah keluar beramai-ramai bersama.
“Saya kenal ramai artis bukan Shahir, Ewal dan Syamel sahaja. Tapi hubungan itu hanya kawan sahaja.
“Saya tidak pernah pun cuba mengurat Ewal kerana dia bukan taste saya,” tambahnya lagi.
Amboi, bukan taste ya. Kalau dah ada boyfriend, kenapa masih nak layan lelaki lain? Jadi betul lah hubungannya dengan Shahir hanya sekadar kawan?
Yelah, Mona kan dah ada kekasih hati, takkan ada dua orang boyfriend pula kan.
Lagi: “Hanya Peminat, Mona Bukan Kekasih Saya” – Shahir
Semalam pun Mona ada memuat naik satu Instastory yang mengatakan bahawa semua kenyataan yang diberikan hanya untuk memaklumkan bahawa dia dan Shahir cuma berkawan.
Jadi adakah ini maksudnya ‘kisah cinta’ rekaan ini telah tamat? Atau akan ada sambungan lagi? Harapnya lepas ni Shahir akan keluar dengan kenyataannya berkenaan isu putar belit ni.
Hari tu pihak yang sini kata selalu keluar bersama, tengok wayang dan selalu dapat mesej berbaur romantik. Tapi hari ini mengaku pula dah ada teman lelaki? Mana satu yang betul ni? Atau memang sengaja nak popular sekejap?
Macam-macam lah perangai manusia zaman sekarang ni. Tak mengapalah, nanti kebenaran mesti akan terbukti juga kan. Kalau anda berada di pihak yang betul, tak perlu untuk takut.
Tapi biasanya kalau diam tak bermakna salah kan? Mana tahu yang diam tu lah sebenarnya akan muncul dengan kebenaran. Siapa tahu pula kan. – MYNEWSHUB.CC/NAM