Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Isu Curang: ‘Kaww Kaww’...

TULAR video seorang gadis bertudung yang sedang begitu 'syok' memerli seseorang di laman...

Upah King Coco Berlakon...

'KING Coco', satu nama yang cukup dikenali rakyat Malaysia bukan? Semuanya gara-gara video pelat...

Pasangan Kuruskan Badan, Kejutkan...

Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Itu yang boleh digambarkan terhadap pasangan...

Tanah Runtuh: Waris Tuntut...

SUNGAI BULOH – Mayat Huang Shaoqi, kanak-kanak lelaki yang juga mangsa terakhir kejadian...

Mona Sedia Bertemu Empat Mata Dengan Erra

PRAMUGARI yang didakwa menjadi orang ketiga dalam hubungan Shahir Zawawi dan Erra Fazira berkata dia bersedia untuk bertemu dengan Erra untuk menghentikan segala spekulasi liar yang timbul.

Kata Mona atau nama sebenarnya, Mona Syamimi Mohd Samsudin, 27, dia mahu bertemu dengan primadona filem Melayu tersebut bagi menjelaskan hubungan sebenar antara dia dan Shahir.

“Saya tidak mempunyai masalah untuk bertemu dengan Erra dan menunjukkan bukti-bukti  perbualan antara saya dengan Shahir,” kata Mona kepada Metro Ahad.

Baca: “Hanya Peminat, Mona Bukan Kekasih Saya” – Shahir

Juga: Erra Tak Masuk Campur, Mohon Shahir Selesai Sendiri

Minggu lalu, industri seni tanah air digemparkan dengan berita wujudnya orang ketiga dalam hubungan cinta Erra dan Shahir.

Bagaimanapun, Shahir menafikan mempunyai hubungan sulit dengan Mona dan mengatakan bahawa wanita dianggap hanya sebagai peminatnya.

Namun, Mona pula menyangkal kenyataan Shahir itu dengan mengatakan mereka sering keluar berdua-duaan selepas berkenalan dengara satu sama lain di Instagram sebulan yang lalu.


Meskipun mengakui hubungan rapatnya dengan Shahir, Mona mahu kontroversi itu berakhir dengan segera.

“Saya juga berharap agar Shahir tampil memberi penjelasan. Saya tidak mahu perkara ini untuk menjejaskan karier saya,” kata Mona lagi.

Difahamkan, Mona kini sedang bercinta dengan pemain bola sepak negeri Terengganu. – MYNEWSHUB.CC

Kategori