Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Budak Kencing Tepi Jalan...

JIANXI - Seorang kanak-kanak mati dilanggar sebuah bas mini ketika mencangkung di tepi...

Mara Telah Lahirkan Ramai...

SEREMBAN - Majlis Amanah Rakyat (Mara) telah melahirkan ramai modal insan terlatih menerusi...

SESB Aktifkan Bilik Gerakan...

KOTA KINABALU - Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) akan mengaktifkan Bilik Gerakan Tarif...

Patah Tangan, Cedera Muka...

YAN: Seorang lelaki patah tangan kanan dan cedera di muka akibat terjatuh ketika...

Jalin Kerjasama Dengan Jepun Kukuh IP Tempatan

TOKYO – Malaysia akan menjalin kerjasama dengan Jepun untuk memperkasakan lagi mekanisme pelindungan dan pemilikan harta intelek (IP) tempatan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata ini termasuk kerjasama dengan Todai Technology Licensing Office Ltd (Todai TLO) iaitu anak syarikat Universiti Tokyo dari segi memberi penilaian nilai komersial terhadap sesuatu IP.

Katanya, inisiatif itu akan menguntungkan pemilik IP serta memberi nilai tambah kepada IP tempatan untuk dipromosi secara lebih meluas.

“Kementerian akan melihat macam mana mencari penilai untuk memberi nilai kepada aset (IP) yang ada dalam negara kita.

“Ini akan memudahkan mereka pergi ke institusi kewangan (untuk mendapatkan pinjaman) dan buktikan bahawa IP mereka itu mempunyai nilai untuk dikomersialkan secara lebih besar,” katanya kepada media Malaysia selepas mengunjungi Kesatuan Koperasi Pengguna Jepun (JCCU) di sini, hari ini.

Selain Todai TLO dan JCCU, Hamzah yang kini melakukan lawatan kerja tiga hari ke sini, turut melawat Pejabat Paten Jepun (JPO) untuk mengkaji cara bagaimana Jepun yang terkenal dengan inovasi itu mengurus dan mengkomersialkan harta intelek mereka.


Kata beliau, analisis yang dijalankan JPO mendapati syarikat yang mendaftarkan harta intelek mereka didapati mampu meraih keuntungan lebih besar berbanding mereka yang tidak berbuat demikian.

Justeru, katanya, pengeluar tempatan khasnya perusahaan kecil dan sederhana (SME) juga harus menpunyai kesedaran untuk mendaftar dan mendapatkan paten bagi produk dan perkhidmatan keluaran mereka.

Hamzah berkata beliau juga telah mengarahkan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO ) supaya mengadakan perbincangan lanjut dengan JPO dan Todai. – BERNAMA

Kategori