Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Tiket Licin 24 Jam,...

KUALA LUMPUR : Tiket Konsert Jilid Akhir: Ella Puteri Kota disapu licin dalam...

Ringgit Dibuka Rendah Berbanding...

KUALA LUMPUR - Ringgit dibuka rendah sedikit berbanding dolar AS hari ini ekoran...

PAS Akan Bentang Secepat...

KOTA BAHARU - PAS akan membentangkan secepat mungkin Rang Undang-Undang Persendirian di Parlimen...

Pemuda Maut Ketika Nyala...

KULAI - Sambutan perayaan Deepavali sebuah keluarga bertukar tragedi apabila bunga api meletup...

MTEM Gesa Tolak Permohonan 100% Pekerja Asing

KUALA LUMPUR – Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) memohon kerajaan menolak permohonan oleh pihak industri supaya meluluskan pengambilan 100 peratus pekerja asing dalam sektor pembuatan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ahmad Yazid Othman berkata, cadangan itu tidak praktikal dan bakal memberi kesan kepada pengurangan tenaga kerja mahir dalam bidang pembuatan negara.

Justeru, katanya, MTEM berharap kerajaan tidak menuruti permintaan itu kerana keutamaan kerajaan adalah untuk membangunkan negara dan rakyat yang selari dengan hasrat Transformasi Nasional 2050.

“MTEM sedia maklum yang kerajaan belum lagi membuat sebarang keputusan meluluskan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Ahmad Yazid berkata, walaupun pertimbangan itu hanya akan dibuat untuk penggajian pekerja di barisan pengeluaran sahaja iaitu pekerjaan berkemahiran rendah dan bukan untuk seluruh operasi kilang atau syarikat, namun dibimbangi sektor lain akan turut memohon pengambilan 100 peratus pekerja asing di masa akan datang.


Selain itu, kata beliau, walaupun pihak industri mendakwa pengambilan pekerja asing dapat mengurangkan kos, kerajaan perlu melihat kepada pilihan lain bagi mengelakkan kebergantungan langsung terhadap tenaga kerja asing. – MYNEWSHUB.CC

Kategori