USAHAWAN terkenal, Dato’ Sri Aliff Syukri Kamarzaman merupakan satu nama yang bagaikan sudah sering kali terpalit dengan kontroversi.
Malah, sikapnya yang agak terbuka dalam berkongsi semua aktiviti di laman sosial membuatkan orang ramai tersalah anggap dan mempertikaikan segala tindakannya.
Terbaharu, Aliff telah memuat naik satu foto yang memaparkan penyata simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) miliknya.
Menerusi foto berkenaan, Aliff memanjatkan rasa syukur kerana berkat simpanan gaji tersebut, beliau mampu membayar deposit rumah barunya di Pavilion.
Difahamkan, niat usahawan itu memuat naik foto berkenaan di akaun Instagram dan Facebook miliknya sebagai memberi lebih keyakinan serta motivasi kepada anggota masyarakat.
Bagaimanapun, posting tersebut telah mengundang kontroversi dalam kalangan pengikutnya di mana rata-rata antara mereka beranggapan beliau seperti sengaja ingin menunjuk-nunjuk kemewahan kepada umum.
Namun, tidak semua mempertikaikan tindakan Aliff kerana ada juga sesetengah pihak yang memahami mesej tersirat di sebalik foto berkenaan.
Sabar ya Dato’, biasalah mulut orang memang kita tak boleh nak tutup.. Yang penting semoga terus sukses ya! Wahhh gituu.. – MYNEWSHUB.CC/AM