Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Dua Beradik Warisi ‘Rumah...

NEBRASKA, Amerika Syarikat – Dua adik-beradik kembar di sini terkejut apabila mendapati keadaan...

Kasihan DAP, PKR Dipergunakan...

KALAU dahulunya pergerakan Reformasi oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dan ideologi ‘Malaysian Malaysia’...

Majlis Dakwah Negara Tubuh...

KUALA LUMPUR - Majlis Dakwah Negara (MDN) menubuhkan Sekretariat Perpaduan Ummah, yang dianggotai...

Patrick Teoh Mengaku Tak...

JOHOR BAHRU - Selebriti dan deejay radio, Patrick Teoh, dihadapkan di Mahkamah Sesyen, di sini hari ini atas tuduhan mengeluarkan kenyataan jelik terhadap Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, awal bulan lalu.

Murka Isu Dobi Muslim, Sultan Larang Urusan Jakim

BATU PAHAT – Murka terhadap ceramah pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) kritik isu kedai dobi Muslim, Sultan Johor mengarahkan agar tiada lagi berurusan dengan agensi itu lagi.

Malahan Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dilaporkan bertitah supaya Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) tidak lagi berurusan dengan Jakim selepas ini yang dilihat cuba mencampuri hal ehwal Islam di negeri tersebut.

Baginda bertitah, Jakim turut tidak perlu memberikan pandangan kepada kerajaan Johor, kerana semua tahu urusan berkaitan agama adalah di bawah kuasa negeri seperti yang termaktub dalam perjanjian Persekutuan.

Sultan Ibrahim bertitah demikian susulan insiden bekas Pegawai Kader Jakim, Ustaz Dr. Zamihan Mat Zin ditahan kerana mengkritik baginda mengenai isu dobi mesra muslim di Muar, yang tular di media sosial baru-baru ini.

“Beberapa orang mufti dan pakar agama telah mengeluarkan pandangan dan hujah mereka berkaitan perkara ini, namun malangnya ada pula seorang penceramah bernama Ustaz Zamihan yang mengkritik tindakan saya.

“Dia memperlekeh mufti-mufti tersebut. Gaya cakapnya sangat angkuh dan sombong, seolah-olah dia sahaja yang betul dan cerca bangsa lain. Saya anggap dia hanya seperti tin kosong yang tidak ada otak,” titah Sultan Ibrahim.

Baginda bertitah demikian ketika Majlis Konvokesyen Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) kali ke-17, di sini hari ini. Titah Sultan Ibrahim, Zamihan juga berbohong selepas cuba menafikan beliau menyebut perkara itu.


“Nampaknya ustaz ini sudah pandai berbohong pula, macam mana kita hendak belajar dengan dia. Jangan nak temberang dengan saya, selepas ini cukuplah dia berceramah depan cermin sahaja untuk kenal diri sendiri.

“Kalau betul dia memang penceramah Jakim, saya tidak tahu dari mana pihak Jakim pungut dia, selepas ini juga saya mengarahkan JAINJ supaya tidak perlu lagi membuang masa berurusan dengan Jakim,” titah baginda lagi.

Zamihan yang kini bertugas sebagai pegawai kader Jakim di Kementerian Dalam Negeri, ditahan polis di ibu negara pada Rabu lalu dan direman selama dua hari untuk membantu siasatan menurut Seksyen 4 Akta Hasutan 1948.

Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah itu dikatakan mengkritik Sultan Johor dalam isu kedai dobi Muslim di Muar ketika berceramah di sebuah masjid di Shah Alam pada Ahad minggu lalu. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori