Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Raja Permaisuri Agong Seru...

KUALA LUMPUR: Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, hari ini...

Najib Berbuka Puasa Bersama...

PUTRAJAYA - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri...

Tempoh Kempen 14 Hari...

KUALA LUMPUR - Tempoh 14 hari berkempen untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron...

Rakyat Malaysia Terkandas Kongsi...

KUALA LUMPUR - “Dengan jalan keluar masuk kenderaan ditutup di semua tempat dan...

Muzikal Bangsawan Dendam Laksamana 10-12 November

KUALA LUMPUR – Teater Muzikal Bangsawan Dendam Laksamana yang menampilkan gandingan sulung Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) dengan Pertubuhan Seni Silat Pusaka Sendeng Malaysia dan Pat Ibrahim Project Entertainment (P.I.P.E) akan dipersembahkan di Auditorium DBKL bermula 10 hingga 12 Nov ini.

Teater arahan Pat Ibrahim dan skrip oleh Siti Jasmina Ibrahim itu akan dibintangi antaranya Pekin Ibrahim, Nadia Aqilah, Megat Sharizal, Anwar Rusdini dan Hamzah Tahir.

Ketua Pengarah JKKN Tan Sri Norliza Rosli berkata persembahan teater yang menerapkan elemen silat sendeng dan pahlawan Melayu untuk dipertontonkan kepada generasi muda itu adalah satu daripada Siri Semarak Bangsawan 2017.

“JKKN berharap gandingan P.I.P.E, persatuan dan pasukan masing-masing dapat membawa pembaharuan kepada Siri Semarak Bangsawan pada tahun ini.

“Kita juga berharap ia dapat meningkatkan pendapatan penggiat seni dan boleh menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara,” katanya semasa mengumumkan penganjuran teater itu dan Bengkel Pekan Bangsawan Warisan Budaya, di sini hari ini.

Pengarah P.I.P.E Pat Ibrahim berkata teater muzikal Bangsawan Dendam Laksamana menceritakan kisah Sultan Mahmud mangkat dijulang yang digarap daripada buku ‘Masyhor Malaya’ karya Shaharom Husain yang diterbitkan pada 1978.

“Saya sebagai pengarah saya nak menyelami situasi itu, saya mahu menghidupkan nilai kemanusiaan yang boleh kita kaitkan dengan dengan kehidupan sekarang.

“Saya juga mahu menerapkan nilai santun Melayu, pakaian dan dialog klasik untuk menguatkan lagi kewibawaan era pahlawan Melayu dan menunjukkan seni silat sendeng,” katanya.


Tiket pementasan teater itu berharga RM25, RM40, RM70 dan RM100 (premier).

Sementara itu, Bengkel Pekan Bangsawan Warisan Budaya yang dijadual berlangsung dari 6 hingga 9 Nov di Pusat Pelancongan Malaysia menyasarkan penyertaan 300 penggiat teater.

Antara pengisian bengkel itu ialah forum berkaitan bangsawan, bengkel penghasilan teater Bangsawan Dendam Laksamana dan pameran busana warisan budaya untuk persembahan teater itu.

Yuran bengkel selama empat hari itu ialah RM1,000 bagi setiap peserta. – BERNAMA

Kategori