Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Razif Bangga Kejayaan Azizulhasni...

KUALA TERENGGANU - Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman mengucapkan...

Lans Koperal Ditemui Mati...

KOTA KINABALU - Seorang anggota polis sempat menyambut hari lahir anaknya yang berusia...

BR1M, Cara Kerajaan Pindah...

JOHOR BAHRU - Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bukan bertujuan untuk memalaskan rakyat tetapi...

Sambut Aidilfitri Dengan Konsep...

KUALA LUMPUR - Sambutan Aidilfitri pada tahun ini perlu diraikan dengan penuh kesyukuran...

MyCCSkills Ketengahkan Bakat Pelajar

JELEBU – Penganjuran Pertandingan Kemahiran Kolej Komuniti (MyCCSkills) dilihat berupaya menjadi platform untuk mengetengahkan bakat pelajar dalam bidang kemahiran sekali gus dapat melahirkan juara bertaraf dunia.

Anggota Dewan Undangan Negeri Kuala Klawang Datuk Yunus Rahmat berkata pertandingan seperti itu juga dapat memupuk sikap inovatif dan kreatif dalam kalangan peserta.

“Pengalaman dalam pertandingan kemahiran mampu menjadikan pelajar lebih berkeyakinan tinggi dalam melaksanakan sesuatu perkara.

“Pertandingan ini juga menjadi medan para peserta mengemas kini kemahiran yang ada selain mampu bersaing di pasaran global dan membantu mengukuhkan kebolehpasaran graduan,” katanya ketika berucap pada majlis penutupan Program MyCCSkill 2017 Bahagian Pemasangan Elektrik Peringkat Kebangsaan di Kolej Komuniti Jelebu di sini, hari ini.

Turut hadir Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Pelajar Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti Amalulkhair Sarbini.

Yunus yang juga Penasihat Kolej Komuniti Jelebu berkata program seperti itu dapat meningkatkan kemahiran pemasangan elektrik terutama bagi pelajar yang mengikuti Program Teknologi Elektrik dan Pemasangan Elektrik di kolej komuniti seluruh negara.


Pada tahun ini, Kolej Komuniti Jelebu dipilih sebagai penganjur pertandingan berkenaan dalam bidang pemasangan elektrik selama empat hari bermula Isnin lalu.

Sebanyak 12 daripada 25 kolej komuniti yang menawarkan program pemasangan elektrik telah menyertai pertandingan itu yang dijuarai oleh Komuniti Kuantan.

Pertandingan ini bertujuan menyediakan pelajar bagi mewakili kolej komuniti ke prakelayakan WorldSkills Malaysia Kategori Belia (WSMB) dan seterusnya ke peringkat ASEAN dan dunia. – BERNAMA

Kategori