Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

CEO ASEAN Yakin Prospek...

KUALA LUMPUR ā€“ Kajian yang dijalankan olehĀ firma audit global,Ā KPMG, mendapati 94 peratus daripadaĀ ketua...

15 Pegawai Belia Dan...

JOHOR BAHRU - Seramai 15 orang pegawai belia dan sukan di negeri ini...

Tiada Virus Zika Dikesan...

KUALA LUMPUR - Tiada virus Zika yang dikesan di Malaysia setakat ini, persidangan...

1MDB Nafi Dakwaan Akhbar...

KUALA LUMPUR - Pengurusan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menafikan syarikat itu ada membenarkan...

MyUMRAH Team Sedia Kongsi Pengalaman Di Tanah Suci

SEANDAINYA anda mahu memulakan langkah umrah dengan penuh ketenangan sedari hari pertama lagi, maka pakej MyUmrah yang diperkenalkan oleh sekumpulan lima syarikat pelancongan yang berpengalaman ini wajar menjadi pilihan utama rakyat Malaysia.

Langkah ini penting bagi mengelakkan kejadian jemaah umrah tersadai di lapangan terbang gara-gara penerbangan mereka ke Tanah Suci tidak kunjung tiba yang berpunca dari pakej umrah disediakan oleh agensi pelancongan tidak diiktiraf dan tiada berpengalaman.

MyUMRAH Team merupakan gabungan lima buah syarikat pelancongan milik Bumiputera yang memiliki lesen berdaftar dengan Kementerian Pelancongan bagi menyediakan perkhidmatan pakej umrah, ziarah dan haji di Tanah Suci.

Setiap syarikat yang terlibat dalam gabungan ini mempunyai pengalaman lebih dari 10 tahun dalam mengendalikan pakej umrah, haji dan pakej lawatan ke luar negara.

Pengerusi MyUMRAH Team, Rosli Talib berkata berdasarkan kelebihan itu serta pengalaman yang sangat bernilai yang dimilki selama puluhan tahun mengendalikan pakej umrah ditawarkan ini seharusnya menjadi pilihan utama rakyat Malaysia.

ā€œMyUMRAH sentiasa memastikan keselesaan serta pengalaman yang bernilai dinikmati oleh bakal jemaah dengan bantuan mutawif anak tempatan,ā€ katanya kepada Mingguan Malaysia.

Lima buah syarikat yang dimaksudkan itu ialah Hydramas Travel & Tours Sdn. Bhd. (KPK/LN3157) Five Estec Travel Services Sdn. Bhd. (KPK/LN4194),Tasnim Travel & Tours Sdn. Bhd. (KPK/LN5815), Ambar Travel & Tours Sdn. Bhd. (KPK/LN5886) dan PDC Travel & Tours Sdn. Bhd. (KPK/LN8097).

Tambah Rosli, MyUMRAH dibangunkan dengan beberapa misi tertentu antaranya menyediakan perkhidmatan yang terbaik dan memberikan kepuasan kepada pelanggan semasa beribadah dan berziarah.

ā€œKami di MyUMRAH ingin berkhidmat sambil beramal,ā€ jelasnya.

Tambah Rosli, pihaknya sentiasa memastikan pakej MyUMRAH adalah telus dan tiada kos tersembunyi melainkan telah dinyatakan atau dimaklumkan secara jelas.


ā€œKami juga sedia memberi kursus serta praktikal umrah kepada jemaah kami. Jemaah akan dibimbing oleh mutawif yang berilmu dan berpengalaman agar ibadah yang dilakukan sentiasa dengan ilmu yang betul dan bukan ikut-ikutan semata-mata.

ā€œMyUMRAH juga menyediakan penginapan yang selesa dan dekat sekitar 380 meter dari Masjidilharam bersesuaian dengan kadar harga yang ditawarkan.

ā€œMakanan yang disediakan juga bercita rasa Melayu dan berusaha menyediakan pengangkutan yang selesa dan selamat buat para jemaah, insya-Allah,ā€ katanya.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut berhubung pakej MyUMRAH, sila hubungi talian tertera 019-2122587 (Naim), 013-2560140 (Khairiyah), 012-2160975 (Baha), 013-3088982 (Rosli) atau 019-2790121 (Kamarun).

Sumber: Mingguan Malaysia

Pengerusi MyUMRAH Team, Rosli Talib

Kategori