Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Susur Keluar Port Dickson...

SEREMBAN – Jalan susur keluar Plaza Tol Port Dickson arah utara akan ditutup...

Kenapa Awak Tak Hormat...

PELAKON dan pelawak veteran, Sulaiman Yassin menyifatkan tindakan 'barbaric' menampar penerbit filem, David...

SPRM Pecat Pegawai Dera...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bertindak memecat seorang pegawai agensi...

Tahun 2016 Brader Ini...

SEJAK semalam nama lelaki ini, @ezrinmn menjadi trending di laman mikro Twitter gara-gara...

Nabil Hasrat Buka Bengkel Lakonan

SERING kali kita dengar suara-suara sumbang menghentam dan mengkritik pelakon baru tentang kualiti lakonan mereka.

Tetapi sebanyak mana pula pihak yang sama-sama mencari solusi untuk menyelesaikan isu pelakon ‘kayu’ dan tidak berkualiti itu? Sejauh mana pula keinginan pelakon-pelakon untuk memperbaiki mutu lakonan mereka?

Menyedari perkara itu, pelawak dan pengacara popular, Nabil Ahmad berhasrat untuk membuka bengkel kelas lakonan dalam masa terdekat ini berikutan kebanyakan pelakon hanya sekadar ‘menjual’ muka, bukan kualiti.

Menurutnya, pelakon-pelakon yang terlibat dengan sebarang penggambaraan drama atau filem boleh mengikuti kelas lakonan tersebut beberapa minggu sebelum mula beraksi di hadapan kamera.

“Ini adalah inisiatif saya untuk membantu industri hiburan. Saya melihat perkembangan seni lakonan yang terlalu ramai pelakon tetapi tidak ada asas itu.

“Bengkel ini peluang untuk mereka memperbaiki lakonan dalam waktu yang singkat. Saya faham mereka sibuk dan kadang-kadang tidak ada masa untuk mengambil kelas lakonan,” katanya dipetik laporan Harian Metro.

Tambahnya pengacara program MeleTOP ini lagi, akan ada beberapa orang guru yang akan membantu pendatang baru industri itu.

“Ada beberapa pelakon berpengalaman yang akan membantu mereka seperti Sharifah Amani, Faizal Hussein, Khir Rahman dan Que Haidar. Mereka boleh dibayar mengikut kadar yang ditetapkan.


“Saya berharap dengan adanya kelas lakonan ini dapatlah kita mewujudkan lebih ramai pelakon yang berbakat dan tidak ‘kayu’.

“Sekurang-kurangnya bengkel ini tidak mengganggu waktu mereka yang selalu sibuk tetapi boleh mendapatkan ilmu lakonan dengan lebih baik,” tambahnya lagi.

Dalam pada itu, Nabil kini bakal muncul mengacarakan program Ceria i-Star musim kedua yang akan bermula pada 7 Oktober ini.

“Alhamdulillah sekali lagi saya diberi peluang mengacarakan program ini untuk musim kedua. Selain berada di studio saya juga berpeluang ke Jakarta membuat rakaman untuk program ini,” ujarnya.

Nabil akan digandingkan dengan PU Yeop dan Dzawin untuk musim kali ini. Program ini akan melibatkan tiga buah negara iaitu Malaysia, Indonesia dan Brunei serta menampilkan 11 peserta cilik menyerlahkan bakat mereka dalam menyampaikan wadah berunsur Islamik. – MYNEWSHUB.CC/Aisyah Karim

Kategori