Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Buka Semula Ekonomi Melalui...

KUALA LUMPUR - Keputusan kerajaan membuka semula sektor ekonomi bermula semalam tidak dilakukan...

Wajib Lulus Bahasa Inggeris...

MELAKA - Rancangan menjadikan lulus matapelajaran Bahasa Inggeris pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia...

Manifesto BN Tepati Keperluan...

KUANTAN - Langkah Barisan Nasional (BN) memberi tumpuan kepada peneroka Felda, khususnya generasi...

Usah Ali Baba Lesen...

TAWAU - Kontraktor bumiputera yang memperoleh lesen menerusi kursus yang dianjurkan kerajaan diingatkan...

Najib Meriahkan Sambutan Deepavali Di Batu Caves

KUALA LUMPUR – Kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di perkarangan kompleks kuil Batu Caves, Selangor memeriahkan lagi perayaan Deepavali yang disambut hari ini.

Sejurus tiba kira-kira 10.30 pagi dengan mengenakan kurta berwarna krim, Najib yang juga Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional disambut Presiden MIC, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam dan pemimpin-pemimpin parti.

Beliau kemudiannya melawat kolam khas (hiasan beras berwarna-warni) “Negaraku” sebelum diarak ke pentas bersama tetamu kehormat lain dan ribuan rakyat yang terdiri daripada pelbagai kaum, agama dan latar belakang pada majlis rumah terbuka Deepavali anjuran MIC itu.

Alunan muzik, paluan gendang, tiupan seruling, tarian tradisional memeriahkan majlis yang turut dihadiri Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ali Hamsa; Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor; Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai; Presiden Gerakan, Datuk Seri Mah Siew Keong; Duta Khas Malaysia ke India dan Asia Selatan, Datuk Seri S. Samy Vellu dan Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P. Kamalanathan.

Sambutan dimulakan dengan tarian klasik India dan pelbagai persembahan nyanyian ketika hadirin menikmati aneka hidangan seperti tosai, masala ayam, nasi beriani dan pelbagai juadah masyarakat India.

Cuaca panas tidak menghalang ribuan hadirin dari dalam dan luar negara melawat sekitar kawasan Kuil Batu Caves termasuk patung gergasi Dewa Murugan sambil berswafoto.

Najib kemudian memotong kek sebelum beredar ke rumah terbuka Deepavali anjuran Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian India Malaysia di Pusat Konvensyen HGH, Sentul, di sini.

Sementara itu, bagi pelancong Elizabeth Smith, 31, dari Oxford, United Kingdom, beliau teruja dengan sambutan Deepavali di Batu Caves yang begitu meriah dengan kehadiran bukan sahaja kaum yang menyambutnya bahkan bangsa lain.


“Ini kali pertama saya berada di Malaysia dan menyaksikan bagaimana sambutan Deepavali. Sehalanya berwarna-warni dan meriah.

“Saya tidak sabar untuk menjamah makanan tradisional yang dihidangkan di rumah terbuka ini,” katanya kepada Bernama.

Warga emas, S. Ananthan, 70, pula berkata beliau dan isterinya datang dari Ipoh, Perak semata-mata untuk merasai kemeriahan sambutan Deepavali di Batu Caves.

“Kami datang menyambut Deepavali bersama sanak-saudara di sini dan sangat teruja kerana dapat melihat kelibat Perdana Menteri hari ini,” katanya. – BERNAMA

Kategori