Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Mahathir Tiba Di Istana...

TUN Dr. Mahathir Mohamad tiba di Istana Negara bagi menghadap Yang di-Pertuan Agong,...

Kerajaan Selangor Punca Kelewatan...

KUALA LUMPUR - Kelewatan pembinaan Hospital Kapar, yang diumum pembinaannya pada 2013, antara...

Keputusan SPM Boleh Disemak...

PUTRAJAYA ā€“ Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 akan dikeluarkan pada 16...

Hari Ibu: Beri Perhatian,...

KUALA LUMPUR: Bersempena Hari Ibu yang disambut hari ini, Perdana Menteri, Datuk Seri...

Najib Perlihatkan Konsep Stesen HSR KL-SG

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini memperlihatkan reka bentuk konsep stesen Rel Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura (HSR KL-SG) yang mencerminkan identiti dan warisan Malaysia namun pada masa sama moden dan futuristik.

HSR KL-SG menghubungkan bandar raya Kuala Lumpur, Bangi dan Putrajaya, Seremban, Melaka, Muar, Batu Pahat, Iskandar Puteri dan Singapura.

Najib berkata setiap daripada tujuh stesen di Malaysia itu adalah berdasarkan kajian meluas berserta usaha yang bukan sedikit dengan reka bentuknya bukan sahaja mengetengahkan elemen unik setiap bandar raya tetapi juga kreativiti dan inovasi tatkala negara menuju masa depan.

ā€œPasukan pereka bentuk mengambil pendekatan perjalanan (MYJourney) dan mengaplikasikan tujuh tema utama iaitu MYGateway, MYPeople, MYVision, MYHeritage, MYFuture, MYCulture dan MYEncounter pada setiap daripada tujuh stesen di sepanjang laluan.

ā€œSaya sendiri terlibat dalam memastikan setiap stesen mengekalkan cerminan identiti dan warisan Malaysia yang ketara sambil pada masa sama berciri moden dan futuristik,ā€ katanya berucap semasa memperkenalkan reka bentuk konsep stesen HSR KL-SG itu, di sini.

Mengulas konsep reka bentuk terbabit, Perdana Menteri berkata untuk stesen pertama – Bandar Malaysia di Kuala Lumpur – reka bentuknya merupakan terjemahan semula pertembungan Sungai Klang dan Gombak iaitu simbolik perpaduan semua lapisan masyarakat.

Bagi stesen Bangi-Putrajaya yang terletak di sempadan Selangor dan Putrajaya, Najib berkata reka bentuknya dipengaruhi ciri-ciri seni bina Islam manakala stesen Seremban direka bentuk berdasarkan keagungan Istana Seri Menanti serta kehijauan hutan tropika Lembah Wawasan Malaysia.

ā€œApabila sampai di Melaka, inspirasi diperoleh daripada sejarah Melaka sebagai pelabuhan perdagangan strategik pada zaman kegemilangannya, justeru reka bentuk stesen Melaka adalah berdasarkan imej kapal dagang, simbol semangat keusahawanan masyarakat setempat.

ā€œBergerak ke selatan ke negeri Johor, stesen Muar mencerminkan kekayaan elemen kebudayaan Melayu dan diinspirasikan oleh rehal yang lazimnya digunakan untuk meletakkan al-Quran ketika pelajar belajar membacanya.


ā€œReka bentuk itu merupakan simbol akan kepentingan pembelajaran yang ditanam dalam kebudayaan kita sejak sekian lama dan terus menjadi tonggak identiti kita sekarang dan pada masa depan,ā€ kata beliau.

Stesen Batu Pahat pula kata Najib diinspirasikan oleh kuda kepang yang memberi keseimbangan antara warisan dan pemodenan, manakala stesen Iskandar Puteri diinspirasikan menerusi representasi berjabat tangan, menunjukkan peranan bandar itu sebagai bandar raya serantau untuk perdagangan bagi menjalankan perniagaan pada masa depan serta pertemuan antarabangsa, digabungkan dengan daya tarikan dan kemesraan Malaysia.

Perdana Menteri berkata stesen-stesen terbabit merupakan bukti akan komitmen kerajaan terhadap pembangunan yang maju, inovatif dan bersepadu di kawasan sekitar atau lebih dikenali sebagai Pembangunan Berorientasikan Transit atau TOD.

ā€œSejak awal lagi HSR KL-SG bukan sekadar projek pengangkutan. Ia merupakan projek yang menumpukan kepada menyediakan kemungkinan-kemungkinan yang signifikan dan tidak berkesudahan bagi seluruh negara,ā€ katanya.

Turut hadir Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa. – BERNAMA

Kategori