Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Malaysia Tuan Rumah Kongres...

KUALA LUMPUR - Malaysia akan menjadi tuan rumah Kongres Kanser Sedunia dan Sidang...

Bayi Lahir Tanpa Sebahagian...

IBU bapa kepada seorang bayi berusia dua bulan kini kesuntukan masa. Mereka terpaksa...

MIDA Frankfurt Yakin Dengan...

FRANKFURT - Pejabat Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) di Frankfurt yakin dengan prospeknya...

Pengaruh Selebriti Ubah Persepsi...

SELEBIRITI berhijab mempunyai pengaruh yang sangat besar ke atas budaya pemakaian hijab dalam...

Nelayan Terengganu Dipilih Perintis Guna PLB

KEMAMAN – Jabatan Perikanan Malaysia akan memperkenalkan penggunaan alat keselamatan ‘Personel Locator Beacon'(PLB) yang telah disyorkan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dengan lebih meluas kepada semua nelayan seluruh negara secara berperingkat.

Ketua Pengarah Perikanan Malaysia, Datuk Munir Mohd Nawi berkata hari ini, pihaknya menyerahkan sebanyak 30 alat itu kepada nelayan Terengganu sebagai kumpulan perintis yang akan mula menggunakannya di laut.

“Alat ini sangat penting untuk keselamatan nelayan kerana jika berlaku kehilangan atau kemalangan di tengah laut, kita boleh kesan di mana mereka berada.

Di seluruh negara terdapat kira-kira 100,000 nelayan dan 80 peratus daripadanya ialah nelayan kecil pesisir pantai. Nelayan ini iaitu di Zon A dan Zon B sangat digalakkan memasang peralatan ini demi keselamatan nyawa mereka,ā€ katanya.

Beliau berkata tempoh keberkesanan penggunaannya dijangka dapat dilihat dalam masa sebulan dua ini dan memandangkan tidak lama lagi musim tengkujuh keberkesanan mekanismenya boleh dinilai dan diperhalusi dengan terperinci sebelum diperluaskan penggunaannya.

Beliau berkata demikian di majlis pelancaran radio komunikasi nelayan, pengenalan alat keselamatan beacon dan penyerahan elaun sara hidup nelayan darat yang disempurnakan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim sempena Program Gelombang Nelayan Nasional (GNN) 2017 di Kuala Kerteh hari ini.


Pada majlis itu, 1,246 nelayan darat dari Pahang, Terengganu dan Kelantan turut menerima elaun sara hidup bulanan sebanyak RM200 setiap orang.

Munir berkata pemberian elaun sara hidup bulanan itu adalah antara usaha kerajaan untuk membantu nelayan darat meringankan kos sara hidup dan insentif kepada sektor perikanan darat agar lebih berdaya maju.

“Ini juga merupakan satu tanda terima kasih kerajaan kepada golongan nelayan darat yang telah berusaha membekalkan keperluan ikan kepada keperluan penduduk di negara ini,” katanya. – BERNAMA

Kategori