Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Bersih: Agenda Yahudi Hancur...

Oleh Yuktes Vijay (bekas peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim)SEBAGAI mukadimah, nama asal Bersih...

Prasaran Logistik, Pengangkutan Diperkemaskan

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan memperkemas infrastruktur logistik dan pengangkutan untuk memastikan limpahan...

Agong Solat Jumaat Di...

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari...

Kemelut Dengan DAP: PAS...

KUALA LUMPUR - Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata pihaknya akan...

Nenek Rendam Muka Cucu Dalam Minyak Panas

BANDUNG – Seorang kanak-kanak perempuan terpaksa menanggung derita apabila wajahnya melecur 100 peratus selepas disembam ke dalam minyak panas oleh nenek tirinya sendiri.

Dalam kejadian 29 September itu, mangsa, Rachel Heriani, 11, dikejarkan ke Hospital Hasan Sadikin akibat luka melecur yang serius di mukanya, sejurus selepas kejadian itu berlaku.

Pada hari kejadian, nenek tirinya, Kosiah, 69, dikatakan telah meminta Rachel menggoreng keropok untuk santapan keluarganya hari itu.

Namun, mangsa berkata dia mahu berehat untuk seketika kerana kepalanya pening.

Berang dengan alasan yang diberikan, Kosiah kemudian menarik rambut dan mengheret mangsa ke dapur lalu merendam mukanya ke dalam minyak masak yang panas.

Bapa mangsa, Kusdian, 42, berkata, anaknya tidak mampu mengingati apa-apa selepas kejadian itu dan hanya tersedar dirinya diletakkan di atas katil sebelum dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

“Anak saya tidak ingat apa yang berlaku selepas itu. Sebaik saja sedar, dia sudah berada di atas katil.

“Dia diberi rawatan awal selepas dibawa ke hospital, tetapi dia hanya diberi ubat sapu sahaja dan doktor kata dia akan pulih,” katanya.

Kusdian yang tinggal berasingan dengan anaknya hanya mengetahui keadaan mangsa itu sehari selepas kejadian.


Menurutnya, dia dan keluarga masih mempertimbangkan sama ada mahu membuat laporan polis berhubung tindakan ibu mentuanya.

“Anak saya seorang pendiam. Jiran-jiran mereka berkata, dia selalu dipukul dan jarang pergi ke sekolah kerana nenek tirinya kerap memaksa dia membantunya.

“Bahagian mata kiri, dahi, hidung dan pipinya melecur teruk. Saya sedih melihat keadaan Rachel yang menangis setiap kali jururawat membersihkan luka di mukanya,” katanya.

Bagaimanapun, Kosiah pula menegaskan kejadian yang berlaku itu adalah kemalangan yang tidak disengajakan di mana ketika dia sedang menggoreng keropok di dapur pada hari kejadian sebelum mangsa datang ke dapur.

“Dia beritahu saya, dia mahu menggoreng keropok itu, jadi saya serahkan kepada dia dan sementara itu saya sediakan makanan yang lain.

“Selepas menggoreng 11 ketul keropok, dia (mangsa) mengadu pening kepala dan saya suruh dia berehat. Bila saya kembali semula ke dapur, dia sudah terjatuh ke lantai,” katanya.

Kosiah berkata, dia juga menemui tumpahan minyak yang tumpah dari kuali di sekitar kepala mangsa.

Sementara itu, pihak polis dikatakan sedang menyiasat kes tersebut bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.

Mangsa dilaporkan akan menjalani pembedahan pada mukanya selama yang mengambil masa selama dua hari. – MYNEWSHUB.CC

Kategori