PUTRAJAYA – Laman Facebook rasmi milik Shell teruk diserang oleh pengguna media sosial dari seluruh dunia yang membantah keras kempen terbaharu syarikat minyak gergasi antarabangsa itu.
Ini kerana firma multinasional yang berpangkalan di Belanda itu secara terbuka biadab mempromosikan sokongan terhadap pengamal tingkah laku songsang ‘Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender’ (LGBT) dikutuk Allah SWT.
Akibatnya kurang 24 jam kemudian, laman Facebook Shell yang menukar logonya dengan berlatar belakang bendera pelangi LGBT, mulai ‘dihujani’ lebih 400 perkongsian dan ratusan netizen meninggalkan komen protes mereka.
Kempen laknat amalan kaum Sodom ketika zaman Nabi Luth itu menyebabkan rata-rata netizen kesal dan marah dengan Shell, sekali gus menggesa penggunanya berhenti daripada membeli minyak dan produk syarikat terbabit.
“I won’t buying Shell anymore,” tulis seorang pengguna media sosial yang hanya mahu dikenali sebagai Amy Ames, manakala netizen dengan nama pena sebagai Gerald Murray menukil catatan: “No more Shell products for me.”
Sementara itu, seorang lagi pengguna laman sosial iaitu Farid Hamidi Ramli turut menggesa orang ramai khususnya pelanggan tetap Shell supaya segera memboikot syarikat berusia 110 tahun tersebut khususnya stesen minyaknya.
“Saya fikir Shell adalah syarikat yang berpelajaran. Mereka patut fikir sebaiknya mengenai isu ini,” katanya. Ada juga netizen yang mencadangkan Shell, sekali pun mahu sokong LGBT, adalah lebih elok dibuat secara senyap.
“OMG. Banning this company from my car. If you want to support anything critical like this at least dont make it public. And now face the consequences of you idiotic following,” tulis seorang pengguna bernama Jay Howard.
Menerusi laman web Shell Global, syarikat itu menyatakan keprihatinan dan sokongan terbuka terhadap pengikut amalan LGBT sekali gus membenarkan golongan berkenaan menjadi sebahagian daripada kakitangannya.
“Di Shell, kami mengambil berat mengenai kepelbagaian masyarakat kerana kami percaya bahawa tempat kerja yang inklusif sepenuhnya membolehkan kakitangan kami berkembang, begitu juga dengan aspek perniagaan.
“Apabila staf cemerlang, kami juga cemerlang. Atas sebab itu, kami berbangga sokong kakitangan LGBT kami, yang mempromosikan kesaksamaan kepada pekerja tanpa ambil kira orientasi seksual dan identiti jantina,” kata Shell.
Syarikat antarabangsa dengan 93,000 pekerja itu turut menubuhkan ‘Shell LGBT Network’ sebagai ruang sokongan untuk memudahkan golongan LGBT mencari keyakinan diri mereka daripada ancaman diskriminasi ketika bekerja.
Menurut Shell, rangkaian LGBT itu pertama kali ditubuhkan di Shell Amerika Syarikat pada 1997 diikuti di seluruh dunia termasuk Britain, Belanda, Kanada, India dan terbaharu di Afrika Selatan. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA