Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Pendaki Wanita Negara Cedera...

PUTRAJAYA - Pendaki wanita negara, Siti Hanisah Sharuddin, yang kini dalam misi melengkapkan...

‘Perang Berakhir’, Kak Wan...

SHAH ALAM – Aksi berpelukan antara dua calon timbalan presiden PKR Datuk Seri...

Cuaca Panas Di Lautan...

KUALA LUMPUR - Cuaca panas yang sedang berlaku di selatan Lautan Hindi pada...

PMO Nafi Mahathir Hantar...

PUTRAJAYA - Pejabat Perdana Menteri (PMO) hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi...

Netizen Kutuk Lara ‘Lembab’, Ini Komen ‘Pedas’ Awal, Scha

PASANGAN, Awal Ashaari dan Scha Alyahya sememangnya antara selebriti yang cukup dikenali dan menjadi perhatian dalam kalangan rakyat Malaysia.

Tambahan pula, pasangan ini dilihat begitu aktif di media sosial dan bersikap terbuka untuk berkongsi perkembangan anak mereka, Lara Alana yang sering menjadi bualan hangat netizen.

Terbaharu, pasangan ini dilihat ‘bengang’ apabila terdapat salah seorang peminat mereka mengeluarkan pendapat yang tidak berasas di ruangan komen Instagram.

Haaa… Komen apa itu?

Menerusi entri terbaru Awal di Instagram miliknya, dia telah memuat naik satu foto memaparkan kata-kata motivasi mengenai kehidupan.

Mulut Jahat Kata Lara Sindrom Down

Seperti biasa, apa sahaja posting yang dimuat naik oleh pasangan ini pasti akan mendapat perhatian peminatnya di mana rata-rata antara mereka tidak henti-henti memuji mereka sekeluarga.

Walau bagaimanapun, terdapat juga komen berbaur perli dan agak sensitif berhubung isu perkembangan puteri kesayangan mereka.

Tidak berdiam diri, Scha dan Awal bertindak membalas komen yang ditinggalkan pemilik akaun tersebut yang cuba mengajarnya bagaimana untuk menjaga anak.

Malah, pasangan pengacara ini turut menasihati wanita tersebut agar membuang sifat dengki dalam diri dan berhenti menjaga tepi kain orang lain.


Rata-rata pengikut Scha dan Awal meminta agar pasangan ini bersabar dalam dalam menerima kritikan negatif sedemikian.

Hamboi… Sedap-sedap je nak kutuk anak orang. Fokus dekat diri sendiri sudah lah.

Kalau ye pun nak tunjuk prihatin tu,  biarlah berpada-pada sikit kak oi. Tahulah Awal dengan Scha nak jaga anak dia. Kan? – MYNEWSHUB.CC/AM

Kategori