Sunday, July 7, 2024

Creating liberating content

Pengantin Nyaris Maut, Disembur...

INI namanya kes naya…seorang pengantin lelaki nyaris maut pada hari perkahwinannya selepas rakan-rakannya...

Felda Diiktiraf Pembangun Tanah...

MARAN - Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) diiktiraf sebagai badan pembangunan tanah paling...

Harga Petrol, Diesel Kekal

Kuala Lumpur : Harga runcit petrol RON97 dan RON95, serta diesel tidak berubah...

Video: Anak Bergaduh, Mak...

TULAR menerusi media sosial video pertelingkahan di antara dua jiran di sebuah taman...

Netizen Tanya Bila Nak Hijab, Ini Jawapan Vanidah…

KEINDAHAN cinta pasangan bahagia, Vanidah Imran dan Rashidi Ishak sering menjadi perhatian dalam kalangan rakyat Malaysia.

Tambahan pula, difahamkan hanya dengan sekali pandang sahaja Rashidi sudah mula jatuh cinta dengan anak jati kelahiran Pulau Pinang itu.

Ewaahh… ewahh… bukan main ye. Cinta pandang pertama giteww…

Baru-baru ini, Vanidah telah memuat naik sekeping foto berserta satu kapsyen ucapan romantis buat suaminya bersempena hari lahir aktor berkenaan.

“Selamat hari jadi kepada lelaki yang tidak pernah berhenti percayakan setiap impian saya dan paling penting mengajar saya untuk merealisasikan mimpi saya,” tulisnya menerusi posting berkenaan.

Seperti biasa, apa sahaja posting yang dimuat naik oleh selebriti pasti akan mendapat perhatian ramai peminatnya kan?

Rata-rata netizen dilihat tidak henti-henti memuji dengan meninggalkan komen yang positif terhadap pasangan ini.

Bagaimanapun, terdapat juga komen berbaur negatif dan agak sensitif yang menyentuh isu tudung.

Namun enggan melatah, Vanidah atau lebih mesra dengan sapaan Vee sebaliknya membalas komen yang ditinggalkan itu dengan memberitahu dia pasti akan menutup aurat apabila tiba masanya nanti.


“Insya-Allah, pasti bila tiba masanya nanti. Buat masa ini Vee cuba kuatkan ibadah dulu, jaga minda dan jauh dari prasangka, jaga mulut dari mengata dan hubungan sesama manusia,” balasnya dipetik mStar Online.

Sementara itu, Rashidi turut dilihat membalas komen berkenaan dengan berterima kasih atas sikap prihatin terhadap sesama manusia.

Rashidi berkata secara peribadi dia tidak akan menegur seseorang yang tidak dikenali dengan cara terbuka.

“Alhamdulillah, ada yang prihatin tentang sesama manusia. Saya utamakan tegur anak, isteri, keluarga dan kalau ada menantu (Insya-Allah satu hari nanti) dulu sebelum tegur orang lain terutamanya orang yang tiada kena mengena dengan saya.

“Kalau orang yang saya tak kenal secara peribadi, saya hanya tegur dalam hati, moga-moga mendapat hidayah.

“Jauh sekali di paparan awam untuk mengeluarkan pendapat dan teguran, yelah saya tak tahu macam mana hubungannya dengan Allah. Jazakallahukhayran,” balasnya.

Balasan komen yang ditinggalkan oleh pasangan itu dilihat mendapat pujian daripada netizen di mana menyifatkan ia dibuat dengan penuh cermat dan sopan tanpa perlu mengeluarkan kata-kata kesat.

Hmmm.. kalau dah nama pun manusia, memang tak lepas daripada mencari salah orang ni… Sabar jelah ye! – MYNEWSHUB.CC/AM

Kategori