Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Penggiat Media Sosial Bersantai...

SERDANG - Sekumpulan penggiat media sosial mengadakan perjumpaan bersama bekas Perdana Menteri, Datuk...

Skandal Azmin Beri Tamparan...

SKANDAL yang melanda Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang...

Kapal China Dikesan Di...

KUCHING - Kehadiran kapal pengawal pantai China di perairan Sarawak terus mencetuskan kegusaran...

U.M.A.R Rangkum Kejayaan Pendidikan...

PUTRAJAYA - Siri kejayaan yang diraih universiti-universiti tempatan di peringkat antarabangsa dirumuskan Kementerian...

NGO Dapat Teruskan Program Tajaan Haji Warga Kemboja

KUALA LUMPUR – Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Antarabangsa berhasrat meneruskan program tajaan menunaikan haji khas untuk guru-guru agama warga Kemboja pada musim haji akan datang selepas program yang diadakan buat julung kalinya tahun ini mencapai kejayaan.

Pengerusi NGO Antarabangsa Datuk Dr Mustapha Ahmad Marican berkata program tajaan itu membolehkan lebih ramai guru agama di negara itu yang tidak berkemampuan dari segi kewangan berpeluang ke Tanah Suci.

“Kita berhasrat meneruskan program ini tetapi ia juga memerlukan sokongan penaja atau sumbangan daripada rakyat Malaysia kerana kos untuk menunaikan haji adalah USD 4,000 (RM16,910) seorang.

“Agak sukar untuk ustaz atau ustazah ini pergi ke Mekah dengan pendapatan USD 200 sebulan (RM845.50), manakala imam dan bilal tiada pendapatan tetap,” katanya dalam kenyataan hari ini selepas mengadakan majlis doa selamat bagi meraikan kepulangan lima jemaah haji yang ditaja, di Masjid Kg Pak Phau, Kemboja.

g Haji (TH) dapat berbincang dengan kerajaan Kemboja supaya TH dapat beroperasi di negara berkenaan.

Dua peratus daripada keseluruhan 15 juta penduduk Kemboja adalah beragama Islam.


Sementara itu, jemaah haji dari Kemboja itu melahirkan rasa syukur kerana berpeluang menjejakkan kaki ke Tanah Suci dan berterima kasih kepada NGO Antarabangsa hasil tajaan itu.

Ahmad Mat Said, 57, dari Kampung Pak Phau berkata NGO berkenaan amat prihatin terhadap kebajikan masyarakat Islam Kemboja menerusi pelbagai aktiviti yang dilaksanakan termasuk pembinaan masjid dan surau serta bantuan kepada fakir miskin.

“Saya berharap program tajaan haji ini dapat diteruskan,” katanya.

Maisom Ahmad, 59, dari Kampung Steam menyifatkan pengalaman menunaikan haji baru-baru ini adalah antara peristiwa bermakna dalam hidupnya sehingga tidak terasa telah 40 hari berada di Tanah Suci. – BERNAMA

Kategori