Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Mat Taib Kembali Ke...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan bahawa bekas...

Kisah Katak Kecelaruan Identiti,...

BERITA baik untuk peminat filem animasi, kisah sang katak yang kecelaruan identiti, 'Ribbit'...

Rendang ‘Rangup’ Punca Ratusan...

KETIKA ini tular dalam kalangan netizen di Malaysia bahkan Indonesia, Singapura dan Brunei...

Tempoh Noraniza Perjuang Irama...

PENYANYI Noraniza Idris tiada banyak masa untuk meneruskan misinya memperjuangkan lagu-lagu etnik dan...

Notis Larang Penggunaan Pelekat Cermin Gelap

PUTRAJAYA – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan mengeluarkan notis PG 1 iaitu notis larangan penggunaan kenderaan kepada mana-mana kenderaan yang menggunakan pelekat cermin gelap melebihi kadar ketelusan cahaya (VLT) dibenarkan.

JPJ dalam satu kenyataan media berkata, pemilik atau pemandu kenderaan yang melanggar undang-undang itu akan turut diminta untuk menanggalkan pelekat cermin gelap kenderaan di mana-mana pejabat JPJ negeri dalam tempoh 10 hari.

Jelas kenyataan itu, kadar VLT untuk kenderaan yang dibenarkan bagi cermin depan adalah 70 peratus, cermin sisi pemandu adalah 50 peratus, cermin sisi belakang dan cermin sisi belakang penumpang adalah 30 peratus.

“Pemilik atau pemandu kenderaan akan diberi masa selama 10 hari untuk membawa kenderaan ke mana-mana pejabat JPJ negeri untuk menanggalkan pelekat cermin gelap tersebut.

“Sekiranya pemandu atau pemilik kenderaan gagal membawa kenderaan serta menanggalkan pelekat cermin gelap di pejabat JPJ negeri, pemilik atau pemandu kenderaan akan dikompaun maksimum RM300.


“Ini mengikut seksyen 119 Akta Pengangkutan Jalan 1987 atau dalam sabitan yang pertama, didenda tidak melebihi RM2,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut JPJ, untuk sabitan kali kedua atau seterusnya pesalah akan didenda tidak melebihi RM4,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 12 bulan atau kedua-duanya. – MYNEWSHUB.CC

Kategori