Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Pengarah Syarikat Disamun Hampir...

SHAH ALAM - Seorang pengarah sebuah syarikat kerugian hampir setengah juta ringgit selepas...

Jualan Mesra Rakyat Alternatif...

KUALA BERANG - Rata-rata penduduk Hulu Terengganu berpuas hati dengan harga barangan yang...

Pelajar Tingkatan Empat Mati...

Klang : Pelajar perempuan tingkatan empat ditemui mati disyaki dibunuh kekasihnya selepas berlaku...

Pakar Seismologi Boleh Bantu...

JOHOR BAHRU - Kerajaan disyor membangunkan sekumpulan pakar dalam bidang seismologi yang dilatih...

Operasi Diteruskan Cari Lelaki Sesat Di Gunung Gagak

SEREMBAN – Gerakan mencari seorang lelaki berusia 28 tahun yang dilaporkan sesat di Gunung Gagak, Rembau, semalam diteruskan hari ini, kata Pegawai Operasi Zon II Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan Mohd Izwan Md Said.

Beliau berkata mangsa dilaporkan sesat setelah menghubungi sendiri talian 999 pada 8.15 malam tadi memaklumkan beliau tersesat dan kepenatan untuk turun ke kaki gunung berkenaan selepas mula mendaki pada 5.30 petang semalam.

“Pihak kami tiba di lokasi kejadian 10 minit kemudian bersama 10 anggota dan empat pegawai termasuk Pasukan Khas Operasi, Taktikal dan Penyelamat Malaysia (STORM) bagi mencari mangsa. Namun, mangsa masih belum ditemui sehingga hari ini.

“Operasi mencari diteruskan dan diperhebatkan dengan melibatkan 83 anggota termasuk polis, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Renjer Hutan dan penduduk kampung,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Mohd Izwan berkata kali terakhir mangsa dapat dihubungi pasukan penyelamat ialah pada 12 tengah hari tadi.

“Ketika itu, mangsa memaklumkan lokasi terakhirnya di ‘base camp’ Gunung Gagak di ketinggian 807 meter gunung berkenaan. Namun apabila agensi penyelamat tiba di situ, mangsa bagaimanapun tiada di lokasi seperti dimaklumkan,” katanya.


Beliau berkata lelaki berkenaan yang dikenali sebagai Teoh Kok Ping dan berasal dari Cheras, Kuala Lumpur, sebelum ini hanya dapat dihubungi ketika mangsa berada di puncak gunung berkenaan, namun terputus hubungan ekoran kadar penembusan talian kurang baik di kawasan itu.

“Sehingga 12.40 tengah hari tadi, operasi mencari telah dijalankan lebih 16 jam sejak malam semalam,” katanya. – BERNAMA

Kategori