Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Operasi Cari Budak Hilang...

KUCHING : Operasi mencari dan menyelamat (SAR) kanak-kanak lelaki yang dilaporkan hilang sejak...

Iqram Dinzly Mengaku Pergi...

JIKA sebelum ini nama Iqram Dinzly hangat diperkatakan disebabkan tindakannya memarkir kenderaan yang...

3 Penjenayah Mati Ditembak...

IPOH - Tiga penjenayah dipercayai warga asing, ditembak mati dalam insiden berbalas tembakan...

Bersediakah Mahathir Sekat Kemaraan...

MENJELANG hari Pilihan Raya Umum ke-14, Tun Dr. Mahathir Mohamad kerap bercakap mengkritik...

Operasi Mencari Warga Emas Diteruskan

GUA MUSANG – Pasukan mencari dan menyelamat sedang giat dijalankan bagi mengesan seorang lelaki warga emas, Lau See, 69, yang dilaporkan hilang di kawasan Hutan Simpan Lebir di sini.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, DSP Abdullah Daud berkata operasi yang dilancarkan pada 10 Oktober serta melibatkan beberapa agensi penyelamat dan penduduk kampung, masih gagal menemui mangsa.

“Anggota pasukan mencari meningkat kepada 31 orang termasuk 11 anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) dari kem Pengkalan Chepa, Kota Bharu dan anggota polis, bomba serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM),” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Abdullah berkata semalam pasukan itu terhidu bau busuk di sekitar kawasan pencarian, namun belum menemui punca bau tersebut.

Mangsa dilaporkan hilang di hutan simpan berkenaan kira-kira 5.30 petang pada 9 Oktober lalu selepas meninjau kawasan untuk kerja pengukuran sempadan.


Beliau memasuki hutan itu pada 2.30 petang bersama dua penduduk Orang Asli, Pandu Amat, 45, dan anak lelakinya, Azerin, 20.

Bagaimanapun mangsa tidak muncul dan dipercayai tersesat dalam hutan berkenaan. – BERNAMA

Kategori