Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Isu Larang Anggota Exco...

IPOH - Anggota exco kerajaan negeri Perak, Prof Dr Abdul Aziz Bari berkata...

Pencalonan Dibatalkan: Puteri Thai...

BANGKOK - Puteri Ubolratana Rajakanya Sirivadhana Barvanadi yang disingkirkan sebagai calon pilihan raya...

Terengganu Tamat Kontrak Penyerang...

KUALA TERENGGANU - Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) hari ini menamatkan kontrak...

Akta Komunikasi Dan Multimedia...

KUALA LUMPUR - Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Panglima Dr Mohd Salleh...

Orang Asli Harap Rumah Mesra Rakyat Ditambah Baik

JELEBU – Kepekaan kerajaan dalam usaha meningkatkan taraf hidup masyarakat Orang Asli di negara ini sememangnya tidak dinafikan terutamanya dalam menyediakan kediaman yang selesa.

Namun sekiranya kemudahan atau bantuan yang disediakan untuk golongan ini dapat dinikmati sepenuhnya tanpa melibatkan karenah birokrasi yang menyukarkan, maka kemudahan atau bantuan yang disediakan kerajaan itu sudah tentu akan mencapai objektifnya secara efektif.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Sungai Sampo, Jempol Emi Redziani Rahim meminta agar syarat bagi pembinaan rumah mesra rakyat dapat dipermudahkan bagi membolehkan lebih ramai masyarakat Orang Asli memiliki kediaman yang lebih selesa dikawasan penempatan yang mereka duduki ketika ini.

“Kemudahan rumah mesra rakyat ini memang disediakan kerajaan dan bagi orang asli yang berkemampuan dan mahu bina sendiri rumah di kawasan yang mereka duduk ketika ini mereka cuba mohon rumah mesra rakyat ini tetapi permohonan memerlukan geran tanah atas nama individu yang ingin memohon.

“Sedangkan kami tiada geran individu kerana kawasan yang didiami merupakan pewartaan kawasan Orang Asli,” katanya kepada Bernama di sini.

Terdahulu isu itu telah dibangkitkan ketika sesi soal-jawab dalam program ‘Destini Bangsa: Istiqamah Bersama UMNO/ Barisan Nasional bagi mengupas isu-isu semasa bersama Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa anjuran Biro Penerangan UMNO Bahagian Jelebu, di Jelebu, semalam.

Emi menambah disebabkan faktor itu jugalah menyebabkan kemudahan yang disediakan kerajaan kepada masyarakat Orang Asli tidak dapat dinikmati sepenuhnya.

“Apabila syarat ini tidak dipenuhi, akhirnya secara automatik membuatkan masyarakat orang asli tidak layak untuk memohon sekaligus tidak dapat menikmati kemudahan yang disediakan kerajaan ini,” katanya.


Mengakui tanah yang diduduki kebanyakkan masyarakat orang asli ketika ini berstatus tanah rizab orang asli dan tidak mungkin ia dapat dipecahkan kepada nama individu, namun Emi tetap berharap agar ada satu mekanisma yang boleh diwujudkan bagi memastikan impian memiliki rumah sendiri menjadi realiti.

Salah seorang penduduk Kampung Orang Asli Ulu Chuai, Rembau M. Rizal Jani pula mencadangkan agar masyarakat orang asli yang inign memohon rumah mesra rakyat perlu bekerja sekurang-kurangnya tiga tahun dan dijadikan sebagai syarat baharu ke arah penambahbaikan permohonan rumah mesra rakyat.

“Orang asli memang tiada geran individu, jadi apa yang boleh dipertimbangkan adalah sebagai jaminan bahawa mereka boleh membuat bayaran semula, mereka perlulah bekerja tetap sekurang-kurangnya tiga tahun.

“Dan ia juga perlulah dilampirkan bersama dengan surat sokongan sama ada dari Tok Batin atau dari Jabatan Kemajuan Orang Asli,” katanya.

Sementara itu, Annuar dalam responsnya berkata perkara tersebut akan dibawa kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam usaha menambah baik kebajikan masyarakat orang asli. – BERNAMA

Kategori