Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Peket Rokok 10 Batang...

KUALA LUMPUR - Cadangan pengenalan semula peket rokok 10 batang adalah langkah yang...

Faiz Subri Dianugerah Pemain...

GEORGETOWN - Pemain sensasi Harimau Kumbang, Faiz Subri yang menjaringkan 'gol ajaib' sehingga...

16,840 Kes Baharu Covid-19...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 16,840 kes baharu Covid-19 direkodkan hari ini, menjadikan jumlah...

WOW! Diam-Diam Azlan (Typewriter)...

VOKAL dan kemantapan suaranya memang tidak boleh diragui...Meskipun dilihat sepi seketika daripada muncul...

Orang Ramai Waspada Penipuan Bayar Perlindungan

KUALA LUMPUR – Orang ramai diingatkan agar tidak melayani sebarang permintaan pembayaran atau pindahan wang bagi bagi tujuan membayar perlindungan yang disediakan Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM).

Ketua Pegawai Eksekutif PIDM, Rafiz Azuan Abdullah berkata, perlindungan yang disediakan kepada pendeposit, pemilik sijil takaful dan polisi insurans adalah secara automatik.

“PIDM tidak meminta sebarang bayaran daripada orang ramai,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, PIDM telah dimaklumkan mengenai insiden baru-baru ini di mana orang awam telah dihubungi pihak yang kononnya mewakili pelbagai organisasi meminta bayaran bagi perlindungan yang disediakan agensi kerajaan itu.

Untuk mendapatkan penjelasan, orang ramai boleh menghubungi pusat panggilan PIDM di talian 1800-88-1266 atau e-mel kepada [email protected].

“Kami juga mengingatkan orang ramai agar tidak mendedahkan maklumat kewangan mereka, terutama akaun bank atau butiran kad kredit mereka kepada pihak ketiga,” kata Rafiz.


Ditubuhkan di bawah Akta PIDM, PIDM mentadbir Sistem Insurans Deposit dan Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans.

PIDM melindungi pendeposit, sama ada individu atau perniagaan, terhadap kehilangan simpanan bank mereka yang diinsuranskan dan pemilik sijil takaful dan polisi insurans terhadap kehilangan manfaat takaful dan insurans mereka yang layak, sekiranya berlaku kegagalan institusi ahlinya, yang terdiri daripada bank perdagangan dan bank Islam serta syarikat insurans dan pengendali takaful. – BERNAMA

Kategori