Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Tokpa Positif Covid-19

KOTA BHARU - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed...

Kit Siang Mula Prosiding...

GELANG PATAH - Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang akan memulakan prosiding undang-undang...

Perak Guna Dron Kesan...

IPOH - Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Perak akan menggunakan dron untuk memantau...

Malaysia Banteras Pemerdagangan Rohingya

PUTRAJAYA – Malaysia akan bekerjasama rapat dengan negara jiran dan rakan perkongsian bagi...

Padah Pertikai Sejarah Raja Thailand

BANGKOK – Seorang aktivis berdepan hukuman penjara 15 tahun selepas meminta rakyat Thailand berfikir secara kritikal mengenai sejarah seorang raja negara itu yang diceritakan memenangi pertempuran seorang diri pada 1593.

Sulak Sivaraksa, 85, dibawa ke sebuah mahkamah tentera di sini semalam di mana dia secara rasmi didakwa atas tuduhan menghina kerabat diraja Thailand.

Aktivis berkenaan didakwa berkaitan satu forum pada 2014 apabila meminta orang ramai berfikir secara kritikal mengenai sejarah Thailand.

Sulak juga mempersoalkan kebenaran kisah Raja Naraesuan yang secara solo menewaskan tentera putera Burma dalam pertempuran Nong Sarai 400 tahun lalu dengan menaiki seekor gajah perang.

Sulak yang berjalan menggunakan tongkat berkata, dia tidak tahu mengapa sekarang baru dia didakwa walaupun kenyataan itu dibuat sudah lama.

“Mungkin mereka (kerajaan) tidak suka saya kerana saya tidak pernah menutup mulut.

“Saya bercakap benda yang benar. Saya rasa itu adalah tugas saya,” katanya.

Mengikut undang-undang menghina raja di Thailand, seseorang itu boleh dihukum penjara dari tiga hingga ke 15 tahun.


Undang-undang itu hanya meliputi ahli dekat keluarga diraja dan tidak menyatakan raja yang sudah mangkat.

Peguam Sulak, Puangtip Boonsanong berkata, lelaki itu tidak mengaku salah dan akan membela diri di mahkamah.

Kumpulan Peguam Thailand untuk Hak Asasi Manusia memberitahu, sekurang-kurangnya 93 kes menghina raja membabitkan 138 individu didapati bersalah sejak tentera merampas kuasa pada 2014.

Pengkritik mendakwa, tindakan kerajaan itu adalah satu cara menutup mulut pengkritik dan mengukuhkan kawalan politik. – Agensi/myMetro Online

Kategori