Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Kematian Akibat Selfie Lebih...

TERJATUH dari Taj Mahal, terjatuh dari jambatan dan terkena renjatan elektrik. Semua kes...

7 Individu Ditahan Terlibat...

KUALA LUMPUR - Tujuh orang ditahan kerana disyaki terlibat dalam aktiviti kumpulan pengganas...

Lisa Surihani Terkilan Wajah...

PELAKON kesayangan ramai, Lisa Surihani terkilan apabila gambar anaknya, Yahaira Leanne diambil secara...

Isu Nasional Diyakini Tak...

KUCHING - Isu-isu nasional diyakini tidak akan mempengaruhi pengundi di kawasan Parlimen Santubong...

Paip Bocor Akibatkan Limpahan Air Di Lebuh Raya

JOHOR BAHRU – Sebatang paip air utama bocor sehingga menyebabkan berlaku limpahan air di Lebuhraya Pasir Gudang berhampiran Plentong di sini hari ini.

Ketua Komunikasi Korporat SAJ Ranhill Sdn. Bhd., Jamaluddin Jamal berkata kejadian pada 3 petang pada paip berdiameter 1,200 milimeter (mm) itu berpunca daripada projek pelebaran jalan di kawasan tersebut.

“Semasa kerja pengalihan paip dijalankan, berlaku kegagalan mekanikal menyebabkan paip tersebut bocor,” katanya yang dihubungi hari ini.

Jamaluddin berkata pihaknya mengambil tindakan segera sejurus mendapat laporan dengan menutup paip tersebut bagi pembaikan.

Beliau berkata kerja pembaikan masih giat dijalankan pihak kontraktor dengan dikawal selia oleh pihak SAJ dan ia dijangka siap sepenuhnya tengah malam ini.

Katanya kebocoran itu tidak menyebabkan berlaku gangguan air kerana tidak melibatkan saluran paip air ke kawasan rumah penduduk.


Sementara itu, Ahli Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) Tan Tuan Peng ketika dihubungi berkata kejadian itu menyebabkan berlaku kesesakan jalan raya kira-kira sejauh lima kilometer.

Katanya limpahan air berterusan lebih sejam sebelum mulai perlahan.

“Pihak SAJ serta Jabatan Kerja Raya (JKR) telah segera ke lokasi bagi menangani kejadian itu dan kita berharap kebocoran yang berlaku itu dapat diselesaikan segera bagi mengelak perkara yang tidak diingini berlaku,” katanya. – BERNAMA

Kategori