Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Kes Low Yat: Rakan...

DALAM satu kenyataan hari ini, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar...

Kes Pukul Bongkar Tanam...

GOMBAK - Seorang ibu tergamak menggugurkan kandungan berusia lima bulan dan menanam janin...

Bakti Beri Sumbangan Kepada...

TUMPAT - Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti)...

Lebih 7 Juta Kanak-Kanak...

HODEIDA - Lebih 7 juta kanak-kanak di Yaman berdepan ancaman kebuluran, menurut Pengarah...

Pakatan Banyak Dana Burukkan Kerajaan Malaysia?

KUALA LUMPUR – Pakatan Harapan boleh diibaratkan sebagai gabungan parti pembangkang antara yang terkaya di dunia kerana pemimpinnya terdiri daripada mereka yang mewah dengan harta dan wang ringgit.

Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP), Ramesh Rao Krishnan Naidu mendakwa kekayaan Pakatan Harapan kini mungkin melebihi kekayaan yang dimiliki oleh Pengasas Microsoft dan Raja Arab Saudi.

Beliau memberi contoh antaranya Tun Dr. Mahathir Mohamad yang pernah didakwa oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Rafizi Ramli memiliki anak beranak yang kaya raya hasil salah guna kuasa dan rasuah sepanjang menjadi Perdana Menteri.

Selain itu, Yayasan Masa Hadapan (FFF) yang dipengerusikan oleh Anwar pada tahun 2006 pernah didakwa menerima dana RM21.3 juta daripada Amerika Syarikat yang disalurkan melalui Kongres Amerika untuk membiayai yayasan berkenaan.

Beliau turut mengingatkan tentang dakwaan DAP pernah menerima dana dari Israel berjumlah RM1.2 bilion yang tidak pernah dijawab oleh parti itu hingga hari ini.

“George Soros juga dikatakan ada beri sumbangan dana kepada pembangkang Malaysia dalam gerakan mereka untuk menggulingkan kerajaan Malaysia,” dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini.


Justeru, Ramesh Rao mendakwa Pakatan Harapan berkemungkinan membayar media asing untuk memburuk-burukkan kerajaan Malaysia kerana mereka memiliki dana yang besar.

“Pembangkang juga melobi Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika untuk buat tuduhan palsu berkaitan 1MDB serta saman sivil yang sehingga kini tidak dibuktikan kebenarannya,” dakwnya lagi. – MYNEWSHUB.CC

Kategori