Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Warga Emas Maut Motosikal...

IPOH - Seorang warga emas maut manakala seorang lagi cedera ringan selepas motosikal...

Pelaksanaan GST Turut Menurunkan...

KUALA LUMPUR - Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan berkata, pelaksanaan Cukai Barang...

KDN Komited Selesai Isu...

KUALA LUMPUR : Kementerian Dalam Negeri (KDN) memberi komitmen untuk menyelesaikan segera isu...

Sibu Sedia Terima Kawasan...

SIBU - Sibu, pintu masuk ke kawasan tengah Sarawak, bersedia untuk mendapatkan kawasan...

Pantau Alat Mainan Anak-Anak, Ramai Yang Tercedera!

ALAT permainan sepatutnya menjadi satu saluran untuk kanak-kanak menghabiskan masa senggang selain merangsang minda mereka untuk lebih kreatif berimaginasi.

Oleh itu, ada kanak-kanak yang sel otaknya terlebih berhubung malangnya tercedera ketika bermain dengan sesebuah alat permainan ataupun mana-mana objek yang ‘sempat’ mereka capai.

Sebagai contoh, dalam satu insiden yang berlaku 30 Ogos lalu, seorang kanak-kanak lelaki yang berumur lima tahun terpaksa menahan sakit hampir 30 minit kerana jarinya tersepit pada fidget spinner.

Akibatnya, mangsa terpaksa mendapatkan bantuan bomba untuk mengeluarkan alat permainan tersebut selepas pihak hospital gagal untuk mengeluarkannya.

Kejadian itu dilaporkan berlaku di Kota Belud, Sabah.

Baca: Jari Bengkak Terlekat Di ā€˜Fidget Spinnerā€™

Dalam insiden lain, dilaporkan satu lagi kes kanak-kanak berumur tiga tahun tersepit jari pada alat permainan kepunyaannya.

Kemalangan itu bagaimanapun dapat diselesaikan selepas pihak bomba menggunakan alat pemotong untuk mengeluarkan jari mangsa.


Menurut sebuah entri di dalam akaun Facebook Bomba Selayang, mereka menerima aduan tersebut pada pukul 10.32 pagi tadi. Kejadian dilaporkan berlaku di rumah mangsa yang terletak di Kampung Sungai Tua, Batu Caves, Selangor.

Menurut laporan komander operasi, insiden itu dapat diselesaikan dengan bantuan anggota bomba yang memotong alat permainan berkenaan menggunakan alat pemotong.

Mungkin kes-kes seperti ini agak terpencil bagi sesetengah pihak. Namun, tiada yang terlalu remeh untuk pasukan bomba negara kita untuk membantu.

Ibu bapa dan penjaga harus memainkan peranan dalam memastikan keselamatan anak-anak mereka dengan memantau aktiviti kanak-kanak yang masih kecil bagi mengelakkan perkara seperti ini berlaku. – MYNEWSHUB.CC/Aisyah Karim

*Video sekadar hiasan…

Kategori