Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

47 Polis Dijel Seumur...

Lucknow (India) - Sebuah mahkamah khas di sini menjatuhi hukuman penjara seumur hidup...

Juruterbang Kacak Digantung Tugas

Gara-gara melaporkan secara langsung dalam media sosial mengenai tugasnya ketika menerbangkan pesawat, seorang...

PRK DUN Chempaka: Suhaizan...

KUALA LUMPUR - Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM), Suhaizan Kayat mendakwa UMNO...

Masih Tiada Berita Rakyat...

KATHMANDU - Tiada perkembangan atau maklumat terbaharu mengenai dua rakyat Malaysia yang dilapor...

Pantau Anugerah Datuk: Banyak Penyamun

DALAM sejarah kesultanan Melayu, anugerah diraja satu penghormatan. Sejarah anugerah bukan baharu. Lebih seribu tahun, ia satu gambaran silang janji antara rakyat dan raja.

Secara lateral, anugerah yang membawa gelaran ini difahami sebagai: ‘Pengiktirafan rasmi pihak istana dalam menghargai individu yang banyak menyumbang jasa untuk rakyat dan negara.’

Kita menghormati budaya anugerah. Malah, menjunjung tinggi sejarah dan tradisi istana kesultanan Melayu dalam penganugerahan pingat yang membawa segala macam darjah kebesaran dan gelaran.

Bagi orang awam, ia satu tradisi yang mendokong kewibawaan dan integriti istana.

Pada tahun 1994, kolum pojok Awang Selamat dalam akhbar Mingguan Malaysia pernah menyentuh isu ini. Mengingatkan, supaya status anugerah ini dipelihara dan diselia dengan lebih ketat.

Matlamatnya mudah: Kita mahu darjah dan anugerah ini kekal dihormati dan berada dalam nilai eksklusifnya yang tersendiri.

Pihak istana dan bahagian protokol tentu lebih maklum. Anugerah bukan sembarangan pemberian.

Apabila kerap sangat kita membaca penjenayah yang ditangkap dan ditahan juga memiliki gelaran Datuk, atau darjah lebih tinggi daripada itu, kita berasa seriau.

Apakah isu pembabitan anugerah dengan penjenayah akan berterusan?


Bagaimana tapisan dibuat. Sudahlah kita kerap keliru apabila melihat individu yang tidak jelas krebilitinya diberikan anugerah.

Keadaan jadi lebih buruk apabila akhirnya, penerima gelar diraja ini ditangkap atas tuduhan jenayah.

Kita bangsa yang hidup dengan mendokong institusi Raja Berperlembagaan. Kasih rakyat pada institusi raja tidak pernah berkurang.

Justeru, kerana kasih-sayang itulah, kita minta proses penganugerahan yang membawa gelaran dipantau. Syaratnya harus dibuat lebih ketat.

Natijahnya mudah: Yang memberi terus dimuliakan. Manakala, yang menerima disegani.

Jadi sudah tentu kita tidak mahu, yang menerima darjah dan anugerah ini adalah penjenayah. – MYNEWSHUB.CC

Kategori