Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Pasaran Saham Global Menjunam...

SINGAPURA - Pasaran saham global menjunam pada Jumaat, sekali gus mengakhiri prestasi baik...

FIFA Kagum Gol Safawi

KUALA LUMPUR : Jaringan Safawi Rasid ketika meledak gol ketiga negara berdepan Kepulauan...

Video: Seram..! Proses Keluarkan...

AMALAN memakai susuk agar nampak jelita, mempersona dan hebat di mata manusia bukan...

Mesti Baca: Ketahuilah, Aedes...

Sejauh mana anda rasa, sudah benar-benar tahu tentang wabak denggi?Kami yakin, jika apa...

Beregu Boleh Bertahan Ada Visi & Misi Sama

KUALA LUMPUR – Berkongsi pengalaman sebagai bekas pemain beregu negara, Koo Kien Keat berpendapat kunci kejayaan beregu badminton bergantung kepada pasangan yang mempunyai misi dan visi yang sama untuk kekal kompetitif di persada antarabangsa.

Kien Keat bergandingan dengan Tan Boon Heong pada 2006-2014 berkata beliau memahami krisis yang melanda Tan Wee Kiong dan Goh V Shem sehingga pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio itu dipisahkan dan tidak menafikan masalah komunikasi dengan pasangan memang tidak boleh dielak.

“Bagi saya pemain beregu sangat ‘unik’ kerana kami (beregu) sangat berbeza dengan pemain perseorangan… kami tidak boleh pentingkan diri kerana kita tidak tahu siapa pasangan kita jika dipisahkan, kami perlu bekerjasama dengan sesiapa sahaja (pasangan), tanpa mengira status junior atau senior,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini, hari ini.

V Shem dan Wee Kiong dipisahkan berikutan prestasi merosot sepanjang tahun ini walaupun beberapa kali ditegur Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria.

Terbaru, V Shem digandingkan dengan Teo Ee Yi, manakala Wee Kiong bersama Ong Yew Sin.

Kien Keat berkata persefahaman antara pasangan dalam beregu lelaki bukan sekadar di gelanggang sahaja tetapi kedua-dua pemain perlu banyak bertolak ansur dalam pelbagai aspek.

Terdahulu Kien Keat dilantik sebagai Pengarah Prestasi Tinggi Badminton Asia.


Badminton Asia menandatangani perjanjian dengan agensi pengurusan acara, E-Plus Global Sdn Bhd (E-Plus) melantik syarikat itu sebagai rakan strategiknya.

Pada majlis penandatanganan itu, Presiden Badminton Asia, Anton Aditya Subowo dan Ketua Pegawai Eksekutif E-Plus Andrew Ching, telah melakar sejarah baharu bagi kedua-dua pihak meningkatkan penguasaan sukan itu di rantau ini.

Badminton Asia, yang juga badan induk sukan itu di Asia, di bawah pimpinan Persekutuan Badminton Dunia (BWF), adalah badan yang mengawal selia semua kejohanan badminton di Asia. E-Plus, agensi pengurusan acara yang terkenal kerana kemampuannya mempromosikan dan menganjurkan acara sukan antarabangsa di rantau ini.

“Kerjasama kami dengan E-Plus adalah berdasarkan kepercayaan bersama kami dalam membangunkan idea-idea dan program untuk memenuhi keperluan pemain badminton di semua peringkat.

“Ini juga merupakan sebahagian daripada matlamat kami untuk membantu Persekutuan Kebangsaan membangunkan bakat baharu bagi Sukan Olimpik Tokyo 2020. E-Plus pula mempunyai pengalaman luas dalam mempromosi, menganjurkan dan membangunkan acara-acara sukan, dan saya yakin pelantikan ini akan meningkatkan lagi nilai Konfederasi di Asia,” kata Anton. – BERNAMA

Kategori